BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

INFO: BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Perak kini menawarkan permohonan Bantuan Kecemasan dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa. Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar dalam menampung perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Baca Lanjut

BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 2.0: TUNAI RM150 & BAUCAR TIKET RM50

INFO: BANTUAN KHAS MAHASISWA PERAK 2.0 – TUNAI RM150 & BAUCAR TIKET RM50

Kerajaan Negeri Perak di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) telah membuka permohonan bantuan khas secara one-off kepada mahasiswa B40 di negeri tersebut menerusi Bantuan Khas Mahasiswa Perak 2.0.

Tujuan bantuan khas mahasiswa ini diwujudkan adalah untuk membantu mahasiswa negeri Perak dalam meringankan beban keluarga mereka khususnya menjelang kemasukan ke IPT pada bulan Oktober 2021 dalam waktu pandemik COVID-19.

Bantuan khas mahasiwa ini dijayakan dibawah Pejabat Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi & Sumber Manusia, melalui agensi pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan kerjasama Yayasan Perak, Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) & Gerakan Mahasiswa Perak (GMPk).

Baca Lanjut