KREDIT eTUNAI RM100 UNTUK B40, M40: TARIKH & PENEBUSAN

INFO – KREDIT eTUNAI RM100 UNTUK B40, M40: TARIKH & PENEBUSAN

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini, hari ini.

Baca Lanjut

AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK SESI 2023/2027

INFO – AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK SESI 2023/2027

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa  Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi sesi 2023/27;

Pengerusi : En Sharul Baha bin Abd Rahman

Timbalan Pengerusi : En Muhammad Farhan bin Che Zafri

Setiausaha : En Haizul Fakarudin bin Mohamed Redzuan

Pen. Setiausaha : Pn Zuraida binti Zukepli

Bendahari : Saudara Mohamad Nafis bin Zamah Sari

Baca Lanjut

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 03-2023

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 15hb Ogos 2023 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-03/2023 bagi sesi tahun 2022/2023 bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan KOPUBI, Station 18, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku kedua yang lalu dan perancangan bagi suku tahun ketiga bagi tahun 2023 ini.

Turut hadir ke Mesyuarat Ahli Lembaga Kopubi adalah En. Haizul Fakarudin iaitu Setiausaha Koperasi bersama Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha,En. Firdaus selaku Bendahari dan Barisan Ahli Lembaga.

Baca Lanjut

OPERASI MEMBEKALKAN PERALATAN KEPADA PESERTA PEKB 2023

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini Pada 12hb dan 13hb Julai 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menguruskan operasi penghantaran peralatan kepada peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) bagi tahun 2023 di sekitar Negeri Perak dan Pulau Pinang.

Baca Lanjut