MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN ANJURAN BERSAMA PUBI PERAK & KOPUBI PERAK BHD

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Kemaskini terkini berkaitan Program anjuran PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd iaitu mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah yang terletak di Chemor, Perak yang dijangka berlangsung pada 28hb Apri 2021 (Rabu) ini.

Untuk pengetahuan semua disebabkan oleh peningkatan kes Covid-19 dan zon Kinta telah menjadi Zon Merah, majlis yang dijangka besok telah diubai suai di mana hanya berlangsung Majlis serahan bantuan dan iftar delivery sahaja.

Pihak Rumah kebajikan telah mendapat arahan daripada pihak JKM supaya aktiviti luar melibatkan anak-anak yatim ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan penularan Covid-19 di daerah Kinta ini berkurang dan menjadi Zon Hijau semula.

Baca Lanjut

TARIKH BAYARAN BPR FASA 2 & JUMLAH BAKI MENGIKUT KATEGORI

INFO: TARIKH BAYARAN BPR FASA 2 & JUMLAH BAKI MENGIKUT KATEGORI

Kemaskini: Baki bayaran BPR Fasa 2 Yang Akan Diterima Dan Tarikh Pembayaran Mengikut Kategori

Setelah bayaran Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR Fasa 1) diagihkan secara berperingkat mulai 24 Februari lalu, kini ramai yang mula tertanya-tanya tentang bayaran Fasa Kedua.

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang BPR Fasa 2 untuk makluman bersama.

Baca Lanjut

MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN ANJURAN PUBI PERAK 2021

SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM AN-NUR MAISARAH, CHEMOR PERAK DAN FAKIR MISKIN.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah yang terletak di Chemor, Perak dan juga Golongan Fakir Miskin di sekitar Bandar Ipoh.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 28hb April 2021 ini dan akan turut melibatkan beberapa buah entiti yang ternama di bandar Ipoh iaitu TAJ International College, J&T Express Malaysia (Negeri Perak) dan juga Butik Vendor No.1 di Perak iaitu Gondola 31.

Pada majlis ini nanti, penghuni rumah kebajikan ini berserta penyelia dan penjaga mereka akan diraikan di dewan konvokesyen TAJ International College disamping berbuka puasa bersama. Mereka juga akan menerima sumbangan duit raya, baju raya dan keperluan lain hasil kutipan daripada orang ramai melalui program ini.

Baca Lanjut

PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL: BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1,000

INFO: PERMOHONAN MyKASIH KAPITAL – BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1,000

Para usahawan wanita yang kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan, anda kini boleh memohon bantuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) iaitu Bantuan MyKasih Kapital.

Untuk makluman, YKN adalah sebuah badan kebajikan yang diletakkan di bawah bidang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang mana tujuan umum yayasan ini ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.

Oleh itu, salah satu inisiatif yang dilaksanakan melalui YKN adalah melalui Bantuan MyKasih Kapital bagi membantu usahawan wanita dalam aspek bantuan modal perniagaan.

Baca Lanjut