CARA MENAMBAH LAMAN WEB KE SKRIN UTAMA PERANTI MUDAH ALIH ANDA

INFO: CARA MENAMBAH LAMAN WEB KE SKRIN UTAMA PERANTI MUDAH ALIH ANDA

Sudah pasti anda tertanya bagaimana untuk menambah sesebuah laman web kegemaran anda ke skrin utama peranti mudah alih (smartphone) anda supaya anda dapat mengikuti segala kandungan laman web kegemaran anda sekelip mata dan dihujung jari.

Di sini akan diterangkan langkah-langkah yang sangat mudah untuk anda berbuat demikian dalam tempoh masa tidak sampai 60 saat.

Ikuti arahan di bawah untuk menambahkan jalan pintas ke laman web di skrin utama peranti iPad, iPhone atau Android anda.

Baca Lanjut

CARA BELI ASET DIGITAL SEPERTI BITCOIN MENGGUNAKAN PLATFORM LUNO

INFO: CARA BELI ASET DIGITAL SEPERTI BITCOIN MENGGUNAKAN PLATFORM LUNO

Sejak baru-baru ini, aset digital atau yang dikenali sebagai mata wang kripto semakin hangat diperkatakan. Maklumlah, Bitcoin yang dahulunya hampir mencecah setinggi USD20,000 pada hujung tahun 2017 akhirnya crash dan jatuh ke paras USD3,000 saja.

Bermula tahun 2020 apabila kita dilanda pandemik Covid-19, harga Bitcoin semakin meningkat. Terkini, harga Bitcoin telah pun memecah paras USD50,000 dan dijangka akan naik lagi.

Maka, ramailah yang mula bergiat aktif dalam meneroka pasaran aset digital ini. Nak beli Bitcoin dan aset digital lain, kita kena buka akaun dulu.

Baca Lanjut

SEMAK STATUS BAYARAN & KELULUSAN i-SINAR KWSP KATEGORI 2 (8 MAC 2021)

INFO: SEMAK STATUS BAYARAN & KELULUSAN i-SINAR KWSP KATEGORI 2 (8 MAC 2021)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021.

KWSP juga memaklumkan kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan kepada permohonan yang dibuat selepas daripada tarikh tersebut.

Kelulusan automatik bagi permohonan i-Sinar Kategori 2 ini dibuat selepas pengumuman oleh Menteri Kewangan pada 11 Februari 2021 yang menyatakan pemansuhan kriteria i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 yang membolehkan pencarum dapat mengeluarkan Akaun 1 mereka tanpa syarat.

Baca Lanjut

SPPP: PENDAFTARAN SSM PERCUMA UNTUK SEMUA PELAJAR & USAHAWAN B40

INFO: SPPP – PENDAFTARAN SSM PERCUMA UNTUK SEMUA PELAJAR & USAHAWAN B40

Berita baik buat semua di mana Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) telah diperluas kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

Berkuatkuasa pada 15 Februari 2021, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memperluaskan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada semua usahawan dalam kumpulan B40.

SPPP yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 lalu telah ditambah baik di mana sebelum ini hanya memberi manfaat kepada usahawan dari kalangan belia dan ibu tunggal B40 serta pelajar sahaja.

Baca Lanjut