SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

TERKINI: SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Terkini, laman web BKM telah memaparkan status dalam pengkreditan BKm Fasa 3 melalui semakan Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus.

Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Baca Lanjut

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL 2022 (PRO-P) MARA

Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) MARA kini dibuka kepada graduan cemerlang yang ingin melanjut pengajian ke peringkat profesional/pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

Program ini adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada graduan dalam bidang progressional/pakar yang memberi impak kepada keperluan guna tenaga negara.

Baca Lanjut

SAMSIAH DILANTIK SEBAGAI NAIB PENGERUSI PUBI PERAK YANG BAHARU BAGI SESI 2021/23

TERKINI – SAMSIAH DILANTIK SEBAGAI NAIB PENGERUSI PUBI PERAK YANG BAHARU BAGI SESI 2021/23

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Puan Samsiah Binti Abdullah@Ahmad sebagai Naib Pengerusi yang baharu berkuat serta-merta bagi memperkasa gerakan NGO usahawan yang diusahakan oleh PUBI Perak sejak penubuhannya pada 15 April 2016 yang lalu.

Samsiah (37), mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang keusahawan dan NGO telah menjadi Ahli persatuan pada awal penubuhan persatuan serta pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi tahun 2019 sehingga 2021 yang lalu.

Beliau juga telah memegang jawatan sebagai bendahari Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) bagi sesi 22/23.

Baca Lanjut

SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K

INFO: SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat semakan permohonan pengeluaran khas mulai 9 April 2022.

Semakan permohonan ini dibuka bagi melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.

Untuk makluman, tujuan kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.

Baca Lanjut