PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2023

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pertanian Negeri Selangor bakal menganjurkan Program Inkubator Usahawan Belia Tani bagi warga belia yang berminat.

Program ini adalah salah satu bentuk latihan pertanian jangkamasa panjang secara praktikal di ladang. Peserta yang terpilih akan menyertai program ini bermula pada Januari sehingga November 2023 secara sepenuh masa di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor.

Baca Lanjut

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL 2022 (PRO-P) MARA

Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) MARA kini dibuka kepada graduan cemerlang yang ingin melanjut pengajian ke peringkat profesional/pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

Program ini adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada graduan dalam bidang progressional/pakar yang memberi impak kepada keperluan guna tenaga negara.

Baca Lanjut

TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA : BANTUAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM 20,000

INFO : TABUNG USAHAWAN BELIA FELDA

Sukacita dimaklumkan bahawa FELDA kini menawarkan Tabung Usahawan Belia FELDA untuk generasi muda FELDA yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Inisiatif ini diwujudkan selaras dengan matlamat FELDA yang kini mengorak langkah ke arah melahirkan usahawan digital yang berdaya saing sebagai pemangkin kemajuan ekonomi negara.

Tabung Usahawan Belia FELDA(TUBF) dengan dana pusingan berjumlah RM 10 juta ini merupakan peluang yang cukup baik untuk usahawan muda yang ingin mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Baca Lanjut

ELAUN MENCARI PEKERJAAN (SIP EMP+ PERKESO) RM300 SEBULAN

ELAUN MENCARI PEKERJAAN (SIP EMP+ PERKESO) RM300 SEBULAN

Anda sedang mencari kerja? Jika ya, anda layak menerima Insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang dikendalikan oleh PERKESO!

Jika anda kehilangan pekerjaan atau sedang menganggur akibat krisis wabak COVID-19, bukan pencarum PERKESO dan sedang aktif mencari pekerjaan, rebut peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) di bawah SIP EMP+.

Bagi pencari kerja dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan anda akan layak menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah sekurang-kurangnya RM300 dan Elaun Persediaan Bekerja sebanyak RM400 secara one-off setelah mendapat pekerjaan.

Baca Lanjut