TERKINI – SAMSIAH DILANTIK SEBAGAI NAIB PENGERUSI PUBI PERAK YANG BAHARU BAGI SESI 2021/23

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Puan Samsiah Binti Abdullah@Ahmad sebagai Naib Pengerusi yang baharu berkuat serta-merta bagi memperkasa gerakan NGO usahawan yang diusahakan oleh PUBI Perak sejak penubuhannya pada 15 April 2016 yang lalu.

Samsiah (37), mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang keusahawan dan NGO telah menjadi Ahli persatuan pada awal penubuhan persatuan serta pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi tahun 2019 sehingga 2021 yang lalu.

Beliau juga telah memegang jawatan sebagai bendahari Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) bagi sesi 22/23.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatan Ahli Majlis

Pelantikan Puan Samsiah sebagai Naib Pengerusi persatuan ini telah disokong penuh oleh seluruh Ahli Jawatankuasa Induk dan telah dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat AJK Induk PUBI Perak Bil – 02/2022 yang berlangsung di M Roof Hotel & Reseidence, Ipoh Perak pada 24hb Julai 2022 yang lalu.

Pelantikan Puan Samsiah ini juga adalah bagi menggantikan Allahyarham Kudus Alie Novel@Abu Naufal yang telah meninggal dunia pada 18hb November 2021 yang lalu.

Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak menganggap keputusan ini adalah sangat tepat dan beryakinan dengan pelantikan Puan Samsiah sebagai Naib Pengerusi akan memantapkan lagi struktur PUBI Perak pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi PUBI Perak iaitu Encik Sharul Rahman menyifatkan pelantikan ini adalah tepat dan kena pada masanya di saat PUBI Perak sedang berkembang pesat serta rancak memacu kegiatan keusahawan di Negeri Perak ini terutamanya di Bandar Ipoh.

BERIKUT ADALAH SENARAI AHLI JAWATANKUASA INDUK PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK SESI 2021/23 :

MAJLIS TERTINGGI :

Pengerusi : En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Timbalan Pengerusi : En. Shahrul Izam Bin Mustapha
Naib Pengerusi : Pn. Samsiah Binti Abdullah@Ahmad
Setiausaha : En. Haizul Fakarudin Bin Mohamed Redzuan
Penolong Setiausaha : Pn. Zuraida Binti Zulkepli
Bendahari : En. Mohammad Nafis Bin Zamah Sari
Penolong Bendahari : Pn. Norhuda Binti Abdul Razak

AHLI JAWATANKUASA INDUK PUBI :

1. Pn. Jamaliah Binti Md Yatim (Ketua AJK)
2. En. Muhammad Farhan Bin Che Zafri (Unit Media)
3. En. Khairul Akmal Bin Razali (Unit Logistik)
4. Pn. Nor Azlina Binti Omar (Unit Hadiah dan Cendramata)
5. En. Mohamad Firdaus Bin Mansor (Unit Logistik)

JURUAUDIT DALAMAN :

1. Pn. Yusniyati Binti Usop
2. En. Mohd Ridzuan Bin Mohd

Semoga barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang bagi sesi 2021/23 ini akan dapat membawa PUBI Perak ke satu tahap yang lebih tinggi serta menjadi salah sebuah sebuah NGO usahawan yang sangat disegani dan dihormati di Bandaraya Ipoh ini.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan