![](https://i0.wp.com/www.pubiperak.com/wp-content/uploads/2022/08/PROGRAM-PEMBANGUNAN-PROFESIONAL-2022-PRO-P-MARA.png?resize=600%2C309&ssl=1)
Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) MARA kini dibuka kepada graduan cemerlang yang ingin melanjut pengajian ke peringkat profesional/pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.
Program ini adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada graduan dalam bidang progressional/pakar yang memberi impak kepada keperluan guna tenaga negara.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Tabung Usahawan Belia FELDA
BIDANG PENGAJIAN DITAWARKAN:
Bidang Pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:
- Persediaan/Foundation : ACCA Foundation in Accountancy (AFIA)
- Diploma Perakaunan/ACCACAT/Lulus Matrikulasi/STPM/SPM : Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- Profesional/Pakar :
- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)/Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/ Institute Of Chartered Accountant (ICAEW) dan Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)
- Anaesthesiology, Clinical Oncology, Emergency Medicine, Family Medicine, Forensic Medicine, General Surgery, Internal Medicine, Neuro Surgery, Nuclear Medicine, Obstetrics & Gynaecology, Ophthalmology, Orthopaedic Surgery, Otorhinolaryngology, Paediatric, Paediatric Surgery, Pathology, Plastic Surgery, Psychiatry, Public Health, Radiology, Rehabilitation Medicine
- Oral Surgery, Orthodontic, Periodontology, Paediatric Dentistry, Restorative Dentistry, Oral Pathology & Oral Medicine & Forensic Dentistry
- Lain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM:
Syarat Program:
- Pemohon yang sedang atau akan mengikuti pengajian pada 2022.
- Mendapat tawaran bersyarat atau tanpa syarat daripada Institusi Pengajian dalam negara atau luar negara. (Rujuk lampiran A) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awan dan Badan-badan Professional.
- Pemohon pernah mendapat pinjaman MARA bagi peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah tidak layak memohon
- Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.
Syarat Umum:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berstatus Bumiputera
- Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
- Persediaan Foundation / Diploma: Tidak Melebihi 35 tahun (dalam negara)
- Ijazah Sarjana Muda : Tidak Melebihi 40 tahun (Dalam Negara) / Tidak Melebihi 35 tahun (Luar Negara)
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam Senarai Hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama
- Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai perletakan jawatan daripada majikan.
Syarat Akedemik:
Sila rujuk syarat khusus berdasarkan kelayakan akademik setiap peringkat pengajian di pautan ini:
http://online.anyflip.com/shdgj/xajf/mobile/
TARIKH PERMOHONAN:
Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 9 hingga 23 Ogos 2022.
CARA MEMOHON:
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MARA http://www.mara.gov.my.
MAKLUMAT LANJUT:
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) MARA sila layari http://www.mara.gov.my.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI