KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT MARA NEGERI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 09hb Jun 2023 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat MARA Negeri Perak yang terletak Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak.

Menyambut kehadiran wakil daripada PUBI Perak adalah Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan Usahawan) iaitu En. Mohd Fadli bin Mohd Razali dan pertemuan telah diatur selama hampir satu jam di lobi Pejabat MARA Negeri.

Baca Lanjut

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL 2022 (PRO-P) MARA

Permohonan Program Pembangunan Profesional 2022 (Pro-P) MARA kini dibuka kepada graduan cemerlang yang ingin melanjut pengajian ke peringkat profesional/pakar di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.

Program ini adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada graduan dalam bidang progressional/pakar yang memberi impak kepada keperluan guna tenaga negara.

Baca Lanjut

DANANITA MARA 2022: SKIM PEMBIAYAAN WANITA HINGGA RM150,000

INFO: DANANITA MARA 2022 – SKIM PEMBIAYAAN WANITA HINGGA RM150,000

Berita baik untuk usahawan wanita, MARA menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk anda menyediakan pelbagai keperluan perniagaan seperti modal pusingan dan pembelian mesin.

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.

Ikuti info lengkap di bawah untuk anda yang berminat untuk membuat permohonan.

Baca Lanjut

PERMOHONAN S3P MARA: SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

INFO: PERMOHONAN S3P MARA – SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PRIHATIN MIKRO

Para usahawan perniagaan mikro yang menghadapi krisis akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan bantuan pembiayaan melalui Skim Pembiayaan Perniagaan Prihatin Mikro (S3P).

S3P ialah kemudahan pembiayaan perniagaan patuh syariah yang bertujuan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bumiputera dalam pelbagai sektor kecuali pertanian dan peternakan.

Skim pembiayaan ini mensasarkan kumpulan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk meneruskan kelangsungan dan mempertingkatkan daya tahan perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan yang terlibat boleh membuat permohonan kepada pihak MARA bagi skim pembiayaan ini.

Baca Lanjut