TERKINI: SEMAKAN STATUS BKM & KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Terkini, laman web BKM telah memaparkan status dalam pengkreditan BKm Fasa 3 melalui semakan Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus.

Sila rujuk cara untuk anda membuat semakan status BKM serta kemaskini maklumat tentang pembayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional Untuk Usahawan Bumiputera dan India

LOG MASUK MYBKM

Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

Mulai 4 September 2022 (Ahad), status bayaran BKM Fasa 3 telah mula dipaparkan.

SEMAKAN STATUS BKM

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.

Sila rujuk langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik Menu [Semakan Status].
  6. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  7. Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
  8. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  9. Selesai.

SEMAKAN PENERIMA TUNAI BKM

Bagi penerima tunai BKM, anda boleh mula membuat tuntutan bayaran di BSN selepas diumumkan tarikh rasmi dalam masa terdekat.

BKM FASA 3: JUMLAH YANG AKAN DITERIMA

TERKINI: Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 September 2022

Isi rumah (Kahwin) – Berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan RM0 – RM2500 :
    • RM200 (Tiada anak)
    • RM300 (1-2 anak)
    • RM400 (3 anak & ke atas)
  • Pendapatan RM2501 – RM5000 :
    • RM100 (Tiada anak)
    • RM100 (1-2 anak)
    • RM100 (3 anak & ke atas)

Isi rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)

  • Pendapatan RM0 – RM2500 :
    • RM500 (Tiada anak)
    • RM600 (1-2 anak)
    • RM700 (3 anak & ke atas)
  • Pendapatan RM2501 – RM5000 :
    • RM400 (Tiada anak)
    • RM400 (1-2 anak)
    • RM400 (3 anak & ke atas)

Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak:

  • Pendapatan RM0 – RM2500 :
    • RM800 (1-2 anak)
    • RM900 (3 anak & ke atas)
  • Pendapatan RM2501 – RM5000 :
    • RM600 (1-2 anak)
    • RM600 (3 anak & ke atas)

Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150

Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150

CARA KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

i. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my ; atau

ii. Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

TERLUPA KATA LALUAN

Tak boleh login?

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM tersebut:ADVERTISEMENTSPROMOTED CONTENT

  1. Layari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan”
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

TARIKH SEMAKAN KEMASKINI MAKLUMAT BKM

Tempoh Kemaskini Maklumat BKM akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Permohonan Kemaskini Maklumat Asas BKM 2022 dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berdekatan.

Sila klik  untuk memuat turun Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM 2022.

BKM MASUK AKAUN KITA ATAU PASANGAN?

Bagi yang berkeluarga, bagaimana nak pastikan sama ada duit BKM akan masuk ke akaun kita akaun pasangan kita?

Boleh buat semakan seperti berikut:

  1. Login ke MyBKM
  2. Klik pada menu Semakan Status
  3. Klik Maklumat Pembayaran
  4. Semak maklumat pembayaran anda pada butiran berikut yang akan dipaparkan:
    • Nombor Pengenalan Akaun Dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah dikredit
    • Status Kredit
    • Nama bank
    • Nombor Akaun bank

MAKLUMAT LANJUT

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran BKM melalui pautan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html

ATAU rujuk soalan lazim (FAQ) Bantuan_Keluarga Malaysia.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD

Leave a Reply