INFO: SEMAKAN PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP boleh mula membuat semakan permohonan pengeluaran khas mulai 9 April 2022.

Semakan permohonan ini dibuka bagi melibatkan permohonan Pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Mac 2022 yang lalu.

Untuk makluman, tujuan kerajaan memberikan kebenaran pengeluaran khas ini adalah untuk membantu pencarum yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain bagi memenuhi keperluan mendesak pada hari ini.

Namun, adalah dinasihatkan pencarum mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: ePemula – Tebus Kredit e-Wallet Belia RM150

AMAUN PENGELUARAN

Bagi pencarum yang membuat permohonan, amaun pengeluaran yang dibenarkan bagi pencarum yang memohon adalah minimum RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2.

Jika simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan mengikut jumlah permohonan.

KAEDAH PEMBAYARAN

Pemohon yang berjaya akan menerima amaun bayaran yang dipohon dalam 1 bayaran sahaja mulai 20 April 2022.

Sebarang pembatalan permohonan dan pindaan amaun tidak dibenarkan dan bayaran pengeluaran khas adalah diutamakan berbanding pengeluaran lain.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP bagi adalah seperti berikut:

  1. Ahli KWSP berumur 55 tahun dan ke bawah.
  2. Warganegara dan bukan warganegara Malaysia termasuk pemastautin tetap.
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150.

CARA MEMBUAT SEMAKAN

Untuk membuat semakan permohonan mulai 9 April 2022, pemohon boleh membuat semakan melalui pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai semakan permohonan pengeluaran khas ini, sila layari laman web https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi talian pengeluaran khas di 03-8922 4848.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD