INFO : TARIKH PEMBAYARAN BKM FASA 4 MULAI 15 NOVEMBER 2022
Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 bagi mereka yang lulus permohonan dan rayuan akan mula dibayar secara berperingkat mulai 15 November 2022.
BKM ialah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kerajaan untuk isi rumah dan bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Untuk Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI