SIP PRIHATIN 2.0: ELAUN MENCARI PEKERJAAN RM300 BAGI 2 BULAN

INFO: SIP PRIHATIN 2.0 – ELAUN MENCARI PEKERJAAN RM300 BAGI 2 BULAN

Individu yang sedang mencari pekerjaan sama ada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal kini boleh memohon Elaun Mencari Pekerjaan atau SIP PRIHATIN 2.0 bagi tempoh 2 bulan.

Untuk makluman, pelaksanaan SIP PRIHATIN 2.0 ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pakej Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang lalu.

Bagi memastikan mereka layak menerima SIP PRIHATIN 2.0 ini, mereka perlu mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan layak menerima insentif SIP Prihatin 2.0 sekurang-kurangnya RM300. Permohonan secara atas talian telah dibuka mulai 15 Julai 2021 iaitu hari Khamis.

Baca Lanjut