PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 17hb Julai 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk hadir ke Majlis Sumbangan Barangan Makanan Kepada 200 Peniaga Pasar Malam yang terjejas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakkan yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Haizul Fakarudin Dilantik Sebagai Setiausaha PUBI Perak Yang Baharu Bagi Sesi 2021/23

Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan penyerahan ringkas itu telahpun di adakan di hadapan Foyer Dewan Mesyuarat MBI, Ipoh Perak.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) pada majlis tersebut adalah Pengerusi PUBI Perak En Sharul Rahman dan diiringi oleh Pn. Norhuda Abd Razak selaku Ahli Jawatankuasa (Unit Kebajikan Kumpulan PUBI) dan En Khairul Akmal selaku Ahli Jawatankuasa Kecil PUBI Perak.

Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Ybhg. Datuk Rumaizi Baharin selaku Datuk Bandar dan turut hadir adalah Clr. Khoo Boon Chuan, Ahli Majlis MBI, Encik Tan Peng Kiang Pengerusi Persatuan Pemborong Sayuran Pasar Borong Kuala Pari dan Encik Goh Wee Seng selaku Pengerusi Persatuan Pemborong Ikan Pasar Borong Kuala Pari.

Pada majlis itu, Datuk Bandar Ipoh dengan sukacitanya telah menyampaikan sumbangan barangan makanan daripada MBI di bawah program MBI Prihatin kepada 200 peniaga pasar malam dari 10 persatuan penjaja di sekitar Bandaraya Ipoh termasuklah Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak En, Sharul Rahman berserta Ahli Jawatankuasa Persatuan bergambar bersama Ybhg. Datuk Rumaizi Baharin selaku Datuk Bandar Ipoh.

Dengan rasa amat bersyukur, Pengerusi PUBI Perak En Sharul Rahman bersama beberapa pengerusi persatuan lain yang turut hadir menerima sumbangan tersebut dengan amat berbesar hati dan menyucapkan setinggi terima kasih kepada Datuk Bandar Ipoh di atas usaha yang telah dibuat pada hari tersebut.

Semoga dengan sumbangan itu akan dapat meringankan sedikit sebanyak bebanan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga pasar malam yang masih tidak dapat menjalankan perniagaan mereka sehingga ke hari ini.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan terus meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu serta membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak