PROGRAM ‘IFTAR DELIVERY’ KASIH ANAK YATIM 2020

Buat pertama kali, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh PerakKoperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh dengan kerjasama Adily Catering akan menganjurkan sebuah program amal yang diberi nama Program Iftar Delivery Kasih Anak Yatim 2020.

Objektif utama program ini adalah untuk menyantuni anak-anak yatim dan fakir miskin yang menginap di rumah-rumah kebajikan atau pertubuhan anak-anak yatim dengan memberi mereka juadah berbuka yang akan dihantar secara delivery.

Kita semua sedia maklum bahawa sewaktu bulan Ramadhan, anak-anak yatim dan fakir miskin ini kebiasaannya diraikan serta disantuni dengan majlis-majlis berbuka puasa oleh segenap masyarakat.

AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Sumbangan Makanan Dan Minuman Kepada Petugas Barisan Hadapan

Memandangkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan pada waktu ini, aktiviti tahunan yang menjadi kebiasaan kita semua itu telah terbatas dan tidak dapat dilaksanakan seperti biasa.

Di atas sebab-sebab itu, Kumpulan PUBI dan Adily Catering mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan sebuah inisiatif di mana Juadah Berbuka Puasa yang lazat dan enak akan dihantar terus ke Rumah Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin terpilih di sekitar Bandaraya Ipoh untuk dinikmati oleh golongan yang tidak bernasib baik ini.

Melalui usaha ini, bukan sahaja dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pengusaha-pengusaha rumah anak-anak yatim dan fakir miskin ini, malah golongan ini juga akan dapat merasai kasih sayang daripada kita sebagai anggota masyarat serta mereka akan lebih rasa dihargai.

Oleh itu, bagi menjayakan program yang sungguh bermanfaat ini, Kumpulan PUBI ingin mengajak anda semua untuk turut bersama sebagai penaja program ini di mana melalui sumbangan anda tersebut akan memberi anda pahala yang berlipat kali ganda di bulan ramadhan yang mulia ini.

Anda boleh menyumbang seikhlas hati bermula dengan RM10, RM20, RM50 ataupun RM100 dan wang ini akan digunakan untuk menyediakan juadah-juadah berbuka yang mana akan dihantar terus ke rumah-rumah anak yatim dan fakir miskin terpilih di sekitar Bandaraya Ipoh ini bermula pada 11hb Mei 2020 nanti sehingga 17hb Mei 2020.

Juadah Berbuka tersebut akan disediakan oleh Syarikat Adily Catering yang terkenal dengan masakan melayu yang lazat serta mempunyai banyak cawangan Restoran yang ramai peminatnya di Bandaraya Ipoh ini.

Syarikat ini akan menguruskan Juadah Berbuka dari mula sehinggalah ianya di hantar ke depan pintu rumah anak-anak yatim dan fakir miskin yang terpilih itu nanti.

Ayuh semua, jika anda berminat untuk membantu kami menjayakan program yang murni ini silalah bank in sumbangan anda ke akaun Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak seperti berikut;

AKAUN MAYBANK – 5582 7500 8858
PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK

Semoga dengan sumbangan anda tersebut maka dapatlah kami menjayakan Program ini di dalam skala yang lebih besar dan lebih melibatkan banyak rumah anak-anak yatim dan fakir miskin mahupun pertubuhan.

Semoga kalian semua mendapat rahmat dan reda dariNya, semoga juga ramadhan ini memberi sejuta makna serta kebahagaian buat kita semua..

Insyallah