BPR FASA 3: SEMAKAN BAKI BAYARAN MULAI 28 SEPT MENGIKUT KATEGORI

INFO: BPR FASA 3 – SEMAKAN BAKI BAYARAN MULAI 28 SEPT MENGIKUT KATEGORI

Ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran BPR Fasa 3 akan dikreditkan ke akaun penerima.

Makluman untuk semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan tarikh pembayaran BPR Fasa 3 bermula 28 September 2021.

Pembayaran akan dikreditkan bersekali demgan penerima BPR Fasa 3 bersekali pada penghujung September ini.

Baca Lanjut

SKIM BANTUAN AM PELAJARAN PERINGKAT SIJIL, DIPLOMA & IJAZAH MAIPK 2021

INFO: SKIM BANTUAN AM PELAJARAN PERINGKAT SIJIL, DIPLOMA & IJAZAH MAIPk 2021

Bantuan Am Pelajaran adalah skim bantuan di bawah asnaf Fisabilillah yang disediakan bagi membantu pelajar-pelajar membuat persediaan melanjutkan pengajian.

Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan kadar bantuan adalah berdasarkan peringkat pengajian. Jom semak kelayakan anak-anak anda dan memohon secara online. Jangan ketinggalan!

Di sini kami kongsikan info penuh tentang Skim Bantuan Zakat Pelajaran MAIPk.

Baca Lanjut

PENDAFTARAN PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

INFO: PENDAFTARAN PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Baca Lanjut

PERTEMUAN DENGAN FIRMA GUAMAN TAWFEEK BADJENID & PARTNERS

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb September 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan pertemuan dengan firma guaman iaitu Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners di pejabat urusan mereka yang terletak di Greentown Suria Ipoh Perak.

Baca Lanjut