OPERASI MEMINDAHKAN STOK PAPER STRAW KE STOR BANDAR SERI ISKANDAR

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 23hb September 2021 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan operasi memindahkan stok produk ‘Biodegradable’ yang berada di stor sementara KOPUBI Perak Bhd ke stor yang baharu yang terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak.

Alhamdulillah, stor ini adalah stor yang dimiliki oleh KOPUBI Perak Bhd dan akan beroperasi sepenuhnya selepas ini dengan penuh strategi dan senergi.

Ini juga adalah sebahagian daripada projek yang diusahakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan ekonomi di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI) KALI KEEMPAT TAHUN 2021

HEBAHAN MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN PERSATUAN USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK (PUBI) KALI KEEMPAT TAHUN 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa setelah lebih 5 tahun penubuhan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak atau lebih dikenali sebagai PUBI, maka tibalah acara dwi-tahunan yang wajib diadakan selaras dengan peruntukkan perlembagaan persatuan iaitu kewajiban menjalankan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan.

Insyallah, Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-4 tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Baca Lanjut