
INFO: PENDAFTARAN PAKEJ PERANTI / PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.
Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.
Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: GKP 4.0– Semakan Status & Pembayaran Bermula 21hb September 2021
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kedua-dua pakej yang diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA
Pakej Remaja ini bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.
- Pakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
- Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)
- Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
- Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
- Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad
PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA
Satu lagi pakej yang ditawarkan adalah Pakej Peranti Keluarga Malaysia, iaitu pakej yang membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.
- Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
- Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
- Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.
TARIKH MENDAFTAR
Tempoh mendaftar untuk kedua-dua pakej tersebut adalah mulai 15 Oktober 2021- 15 April 2022 selama enam (6) bulan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media penuh di bawah atau layari info di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM.
Facebook Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM)


Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI