KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI Perak adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb September 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengadakan pertemuan dengan firma guaman iaitu Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners di pejabat urusan mereka yang terletak di Greentown Suria Ipoh Perak.

AKTIVITI KUMPULAN PUBI YANG LALU: Sumbangan Beras Bagi Program Food Bank Kumpulan PUBI

Mewakili Kumpulan PUBI pada pertemuan ini adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI dan Timbalan Pengerusi Koperasi Usahawan Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd Tuan Abu Naufal (Kudus Alie Novel), Timbalan Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak En. Shahrul Izam dan Setiausaha Kehormat PUBI EN Haizul Fakarudin.

Manakala mewakili pihak Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners pula adalah Pn. Suhaili Mohd Sharif dan Pn Siti Aisiah Azit selaku Management Team (Ipoh) serta En Mohamed Miran selaku peguam yang berkhidmat di firma guaman Tawfeek Badjenid & Partners.

Objektif utama pertemuan ini adalah sesi suai kenal di antara kedua-dua entiti dan bertukar pandangan disamping membincangkan cadangan pelantikan Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners sebagai panel guaman Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).

Adalah menjadi harapan kepada pihak Kumpulan PUBI agar mempunyai sebuah lantikan panel guaman supaya dapat membantu dan memberi pandangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan perundangan dan tindakan undang-undang yang perlu diambil khasnya dalam kes-kes litigasi pada masa hadapan.

Ini adalah sangat mustahak dan memberi impilikasi yang besar kepada Kumpulan PUBI memandangkan entiti ini sedang berkembang maju dan mempunyai perancangan yang mampan untuk menjadi salah sebuah entiti yang dihormati serta memberi manfaat kepada masyarakat khususnya di Bandar Ipoh ini.

En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI telah mengetahui deligrasi Kumpulan PUBI bagi pertemuan ini di Pejabat Urusan Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners.

Untuk makluman semua juga, Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners adalah sebuah firma guaman yang sangat berpengalaman di dalam bidang perundangan dan telah ditubuhkan pada tahun 1993.

Firma ini mempunyai 11 buah cawangan di seluruh negara termasuk 2 buah cawangan yang beroperasi di Negeri Perak iaitu di Ipoh dan Manjung serta mempunyai lebih 200 orang staf serta peguam yang bernaung.

Kumpulan PUBI sangat percaya dan yakin dengan pelantikan Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners sebagai panel guaman Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) akan mampu membawa Kumpulan PUBI ke satu dimensi yang baharu serta mampu menjadi sebuah entiti yang disegani di Negeri Perak ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia