LAWATAN KERJA TEAM REDONE PERAK KE PCP J&T EXPRESS SERI ISKANDAR

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 6hb Ogos 2021 yang lalu, PCP J&T Express PRK413 (dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.) yang beroperasi di Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak telah menerima lawatan kerja daripada Team Pemasaran Syarikat Telekomunikasi RedOne Negeri Perak.

Menerima lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman manakala mewakili Team Pemasaran RedOne Negeri Perak pula adalah En Salehudin Isa selaku Channel Manager dan Executive Sales En Azlan Baharul.

Tujuan utama lawatan adalah untuk menimba ilmu serta saling bertukar-tukar pendapat tentang peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri telekomuikasi dan penghantaran ekspress di negara kita ini.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca Lanjut