KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 6hb Ogos 2021 yang lalu, PCP J&T Express PRK413 (dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.) yang beroperasi di Taman Maju Bandar Seri Iskandar Perak telah menerima lawatan kerja daripada Team Pemasaran Syarikat Telekomunikasi RedOne Negeri Perak.

Menerima lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman manakala mewakili Team Pemasaran RedOne Negeri Perak pula adalah En Salehudin Isa selaku Channel Manager dan Executive Sales En Azlan Baharul.

Tujuan utama lawatan adalah untuk menimba ilmu serta saling bertukar-tukar pendapat tentang peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri telekomuikasi dan penghantaran ekspress di negara kita ini.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Sesi Temuduga & Pemilihan Staf J&T Express Milik KOPUBI

Terima kasih yang tidak terhinggga kepada team Redone yang telah datang untuk melihat sendiri operasi PCP J&T Express PRK413 yang dimiliki oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ini disamping memberi pandangan dari kaedah-kaedah meningkatkan prestasi operasi melalui telekomunikasi.

Banyak perkara yang kami yang dapat dipelajari pada hari tersebut dan sesi perbincangan kedua-dua pihak turut saling bertukar-tukar pandangan tentang cabaran yang dihadapi di dalam perniagaan demi kelangsungan terutamanya di waktu pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ini.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.

Insyallah..

#KOPUBIPerakBhd #KOPUBI #KoperasiUsahawan #KumpulanPUBI