TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (BULAN SEPTEMBER 2021)

INFO: TARIKH BAYARAN i-CITRA KWSP (BULAN SEPTEMBER 2021)

Ramai yang telah membuat semakan status dan LULUS permohonan pengeluaran i-Citra. Namun ada yang tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Citra bulan pertama ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Citra nanti?

Dengan mengetahui jadual pembayaran iCitra, dapatlah kita membuat perancangan kewangan bulanan dengan lebih efisyen.

Seperti yang kita tahu, bayaran i-Citra akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Bagi bulan September, bayaran akan dibuat secara berperingkat bermula 1 September 2021.

Baca Lanjut

LAWATAN KERJA KOPUBI KE PEJABAT URUSAN REDONE PERAK

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 24hb Ogos 2021 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan ke Pejabat Urusan syarikat RedONE negeri Perak yang terletak di Medan Ipoh, Ipoh Perak.

Mengetuai lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman serta diiringi oleh Timbalan Pengerusi Tuan Kudus Alie Novel (Abu Naufal).

Tujuan utama lawatan adalah untuk menimba ilmu serta melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di dalam industri telekomunikasi di negara kita ini.

Baca Lanjut