BPR 2021: SEMAKAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN (SEPTEMBER 2021)

INFO: BPR 2021 – SEMAKAN RAYUAN & TARIKH PEMBAYARAN (SEPTEMBER 2021)

Bagi pemohon yang telah membuat rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, semakan permohonan rayuan boleh dibuat mulai 18 September 2021.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan semakan rayuan ini adalah bagi mereka yang telah membuat rayuan bagi status gagal sebelum ini yang dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Untuk makluman, pembayaran bagi rayuan BPR melibatkan seramai 200 ribu penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta. Selain itu juga, individu yang lulus rayuan BPR juga layak memohon Jaringan Prihatin dan tarikh akhir penebusan adalah pada 30 September 2021.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 & TARIKH BAYARAN

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 & TARIKH BAYARAN

Individu yang merayu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC), hujung bulan ini (September 2021).

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah, berkata kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) berdasarkan data lulus BPR.

“Jika mereka lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada, mereka juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian.

Baca Lanjut

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca Lanjut

PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN BPR ONLINE (MULAI 15 JUN 2021)

INFO: PANDUAN PERMOHONAN RAYUAN BPR ONLINE (MULAI 15 JUN 2021)

Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021 bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Baca Lanjut