DIJEMPUT AJAL SELEPAS 5 HARI BERTARUNG NYAWA

Nur Sabrina Mat Rowi, 20, disahkan meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Taiping | Gambar – Harian Metro

KEMALANGAN: DIJEMPUT AJAL SELEPAS 5 HARI BERTARUNG NYAWA

SEORANG wanita yang kemalangan selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lembu melintas jalan di Batu 14, Jalan Ulu Sepetang-Redang Panjang di Taiping, Ahad lalu, meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa.

Nur Sabrina Mat Rowi, 20, disahkan meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Taiping, 1.15 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan awal mendapati motosikal Yamaha ditunggang mangsa cuba mengelak seekor haiwan dipercayai lembu, namun gagal lalu melanggar haiwan itu.

Baca Lanjut

IBU TUNGGAL MAUT NAHAS, TINGGALKAN 4 ANAK MASIH KECIL

KEMALANGAN – IBU TUNGGAL MAUT NAHAS, TINGGALKAN 4 ANAK MASIH KECIL

Dua wanita dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat semalam.

Mangsa, Nur Indasari Miskan, 27, dan anak saudaranya Hazlina Makmun, 22, meninggal dunia di tempat kejadian sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah datuk dan nenek mereka di Kluang, Johor.

Lebih memilukan apabila Nur Indasari yang juga ibu tunggal meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil iaitu Aliyah, Ammar, Amira dan Amir.

Baca Lanjut