KEMALANGAN – IBU TUNGGAL MAUT NAHAS, TINGGALKAN 4 ANAK MASIH KECIL
Dua wanita dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat semalam.
Mangsa, Nur Indasari Miskan, 27, dan anak saudaranya Hazlina Makmun, 22, meninggal dunia di tempat kejadian sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah datuk dan nenek mereka di Kluang, Johor.
Lebih memilukan apabila Nur Indasari yang juga ibu tunggal meninggalkan empat cahaya mata yang masih kecil iaitu Aliyah, Ammar, Amira dan Amir.
KEMALANGAN: Dua Beradik Yatim Piatu, Ibu Bapa Maut Kemalangan Di Plus
Nahas itu berlaku berkemungkinan besar terjadi disebabkan Nur Indasari yang menunggang motosikal tersebut dalam keadaan keletihan dan tertidur.
Ini kerana kedua dua waniti ini tidak tidur dari malam sebelum kejadian dan terlibat dengan program memberi bantuan sahur kepada frontliner.
Kedua-dua mereka telah meninggal dunia ditempat kejadian apabil Motosikal yang dinaiki melanggar sebuah pokok yang berada di tepi jalan.
NUR INDASARI YANG JUGA IBU TUNGGAL MENINGGALKAN EMPAT CAHAYA MATA YANG MASIH KECIL IAITU ALIYAH, AMMAR, AMIRA DAN AMIR.
Menerusi komen Facebook Mr Wan Cai Official yang menguruskan jenazah mangsa, anak-anak arwah kini di bawah jagaan rumah anak yatim milik kakak Allahyarham yang terletak di Ampang, Selangor.
Terdahulu pada 16 April lalu, arwah sempat memuat naik posting menggambarkan perasaan letih berkenaan hak penjagaan anak sebelum menemui ajal pada 16 Ramadan.
POSTING ASAL DARIPADA FACEBOOK MR WAN CAI OFFICIAL;
” Perginya mereka dengan gembira.. Pulang pula sebagai jenazah ke pangkuan keluarga.. “
Saya terpanggil untuk berkongsikan cerita tentang 2 jenazah yang kami bantu untuk perjalanan terakhir malam tadi..
Sebenarnya selepas selesai jenazah dihantar ke masjid al-amin lembah jaya ampang saya sudah pun menulis kisah tersebut..
Tetapi selepas post dipage perkongsian saya itu hilang..
Panjang juga cerita yang saya sudah taip untuk dikongsikan kepada anda..
Tetapi hilang pula.. Rupanya saya terlupa nak update akaun facebook diplay store😅
Posting yang sudah dibuat hilang begitu sahaja..
Jadi saya taip semula apa yang telah dikongsikan oleh pihak waris kepada saya sewaktu jenazah sedang menunggu proses untuk dimandikan..
Menurut waris..
Beberapa hari sebelum hari kematian kedua dua arwah ini sudah menunjukan tanda tanda pelik..
Maksudnya tanda tanda itu waris hanya perasan setelah kedua dua arwah sudah pergi pun meninggalkan mereka..
Antaranya ialah selepas solat arwah akan meminta maaf seolah olah mereka berdua sudah tahu akan pergi..
Paling ketara apabila dalam beberapa hari itu juga kedua dua arwah memakai baju dan kasut yang sama berkali kali..
Sebelum bertolak ke kluang johor..
Kedua dua arwah terlibat dengan program memberi bantuan makanan untuk bersahur kepada frontliner bersama rakan rakan mereka..
Kedua dua arwah membonceng motosikal manakala rakan rakan mereka memandu kereta bersama makanan yang hendar diedar..
Setelah bantuan makanan diedar kedua dua arwah terus bergerak ke johor untuk ke kluang..
Tujuannya untuk melawat datuk dan nenek mereka..
Sebenarnya arwah Nur Indasari memang tinggal dikluang johor bersama 4 lagi anak anak..
Arwah adalah ibu tunggal..
Arwah dan anak anak datang ke ampang untuk berjumpa dengan kakakny sebelum pkp dikuatkuasakan..
Jadi arwah terkandas selama hampir 2 bulan diampang dan tidak dapat pulang semula ke kluang johor..
Setelah pkp dilonggarkan arwah membuat keputusan untuk pulang bersama anak buahnya untuk melihat datuk dan neneknya..
Mereka berdua telah mendapat kebenaran bertulis dari pihak pdrm untuk pergi ke rumah datuk dan neneknya dikluang johor..
Untuk makluman anda kedua dua arwah mempunyai hubungan pertalian keluarga iaitu pangkat makcik dengan anak buah..
Arwah Nur Indasari Binti Miskan adalah makcik kepada arwah Hazlina Binti Makmun..
Arwah Hazlina adalah anak kepada kakak kandung Arwah Nur Indasari..
Kakak arwah Nur Indasari pula adalah pemilik kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Dan Asnaf Qaseh Ibu Lembah Jaya Ampang..
Oleh kerana itulah kedua dua jenazah dibawa pulang ke rumah pertubuhan tersebut..
Sewaktu kejadian nahas itu berlaku berkemungkinan arwah Nur Indasari yang menunggang terlelap..
Itu andaian saya sahaja kerana kedua dua arwah tidak tidur dari malam sebelum terlibat dengan program memberi bantuan sahur kepada frontliner..
Bayangkan selepas selesai program sekitar pukul 4 5 pagi kedua dua arwah terus bergerak ke johor..
Selepas nahas motosikal tersebut kedua dua arwah terus meninggal ditempat kejadian..
Motosikal yang dinaiki melanggar sebuah pokok yang berada di tepi jalan.
Kata adik kepada arwah Hazlina..
Kakaknya cuba meminjam motosikal milik suaminya tetapi si suami tidak membenarkan atas tujuan tidak mahu isterinya pergi ke johor bersama makciknya..
Tetapi si isteri boleh pula meminjam motosikal milik kawannya..
Jadi mereka berdua terlibat dengan kemalangan jalanan raya menggunakan motosikal milik rakannya..
Tetapi bagi saya apapun yang berlaku itu adalah asbab kepada kematian mereka berdua..
Kami sebagai pemegang amanah sudah pun menunaikan tanggungjawab dengan baik..
Tahniah kepada rakan gabungan yang turut mengambil bahagian dalam saham akhirat yang dilakukan semalam..
Skuad muafakat 4 all yang diketuai oleh Kapten Wahayu dan Saudara Aidil telah memainkan peranan untuk membawa kedua dua jenazah dari hospital batu pahat ke perhentian seremban..
Selepas itu kami dan skuad pengurusan jenazah malaysia yang diketuai oleh Ustad Rafie dan En Nasir pula menggalas amanah untuk membawa pulang jenazah ke ampang..
Sistem swap atau pemindahan dilakuka. dari keranda milik van jenazah SM4ALL ke keranda milik UKVJ & SPJM.
Syabas skuad..
Kita berkhidmat kerana allah taala..
Moga allah swt berkati segala usaha kita dalam untuk membantu masyarakat dari golongan sasaran yang wajib untuk dibantu..
Perananan kita sebagai rakan gabungan ngo’s badan pengurusan jenazah malaysia telah membuka mata pihak pihak diluar sana..
Salam takziah untuk ahli keluarga..
AL-FATIHAH.
Sumber: Mr Wan Cai Official, Blog ViWanita
KOMEN TERKINI