KEMALANGAN – SEORANG LAGI ANGGOTA POLIS MAUT DILANGGAR PEMANDU MABUK, NETIZEN MAHU HUKUMAN LEBIH BERAT

Pagi ini 3 May 2020 kita digemparkan dengan satu lagi berita kematian seorang anggota Polis ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Lekas, Kajang.

Menurut sumber mangsa maut ditempat kejadian selepas cedera parah dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk.

Berdasarkan posting Facebook Friends Of PDRM mangsa berpangkat Kopetal bernama Safwan Bin Muhammad Ismail berusia 31 tahun dan berasal daripada Ipoh Perak. 

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Wanita Maut Langgar Peronda Polis

Kemalangan maut ini sekali lagi mengundang pelbagai reaksi netizen yang majoritinya bersedih dengan apa yang berlaku.

Ada juga netizen yang menyifatkan kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk tidak seharusnya berlaku lebih lebih lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.




Posting asal;

Sumber: Facebook Friends Of PDRM