PEMANDU WANITA MABUK DIJEL 17 TAHUN

ULANGSIAR: PEMANDU WANITA MABUK DIJEL 17 TAHUN

EKSEKUTIF wanita dihukum penjara 17 tahun dan denda RM39,000 oleh Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian empat lelaki di Jalan Chong Thien Vun di Tawau, tahun lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap Olivia Chong Oi Yun, 35, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir perbicaraan.

Sejurus hukuman dijatuhkan, tertuduh yang berada dalam kandang tertuduh kelihatan menitiskan air mata, manakala manakala ahli keluarganya yang hadir turut menangis.

Baca Lanjut

TAK MENGAKU SALAH MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK

TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. FOTO Raja Noraina Raja Rahim

KEMALANGAN MAUT: TAK MENGAKU SALAH MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK

PEMANDU Nissan Grand Livina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, awal pagi tadi.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 20, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.

Baca Lanjut

LAGI KES NAHAS MAUT AKIBAT PEMANDU MABUK

Kenderaan disyaki dipandu pemandu mabuk merempuh motosikal dipandu mangsa dari arah belakang. – Foto ihsan pembaca

KEMALANGAN: LAGI KES NAHAS MAUT AKIBAT PEMANDU MABUK

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.

Baca Lanjut

PEMANDU MABUK: MOT, JPJ AKAN TELITI PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

PEMANDU MABUK: MOT, JPJ AKAN TELITI PINDAAN AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

KUALA LUMPUR: Satu sesi taklimat di Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan diadakan pada 1 Jun ini bagi meneliti dan menyemak semua cadangan berkaitan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam catatan Facebook rasmi beliau memaklumkan pindaan akta itu khususnya adalah berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah, memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan atau meragut nyawa pengguna jalan raya lain.

“Pindaan akta ini mestilah dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan sebelum ia dibentangkan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya menerusi catatan itu.

Baca Lanjut