SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

INFO: SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BPR FASA 2 MULAI OGOS 2021

Seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN, mulai 7 Mei 2021, bayaran BPR Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat.

Status kelulusan BPR Fasa 2 juga boleh mula disemak pada 7 Mei.

Menurut LHDN, penerima BPR Fasa 2 yang layak menerima bayaran merujuk kepada Permohonan BPR 2021 berstatus lulus DAN melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Hal ini dinyatakan melalui Soalan Lazim Pembayaran BPR Fasa Kedua yang dikemaskini pada 4 Mei 2021 di Portal Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca Lanjut

BPR FASA 3: SEMAKAN TARIKH & BAKI BAYARAN KATEGORI BUJANG / KELUARGA

INFO: BPR FASA 3 – SEMAKAN TARIKH & BAKI BAYARAN KATEGORI BUJANG / KELUARGA

Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu dimana kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan isi rumah dan individu bujang dari golongan berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menerusi kandungan intipati bajet 2021, kerajaan Perikatan Nasional telah menambah baik pelaksanaan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Prihatin Rakyat yang menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat sebelum ini. Ianya sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masa kini.

Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah skim bantuan bersasar sama seperti Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).

Baca Lanjut

BKC: TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MULAI OGOS 2021

INFO: BKC – TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 MULAI OGOS 2021

Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan tunai kepada rakyat iaitu BKC atau Bantuan Khas COVID-19.

Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan untuk BKC di bawah pakej PEMULIH. Selain itu, PM turut mengumumkan bayaran tambahan BPR yang diumumkan 31 Mei lalu akan mula dibuat secara berperingkat mulai 29 Jun 2021.

i-Citra pula akan disalurkan bermula 2 Ogos ini. Berikut adalah makluman tambahan berkaitan Bantuan Khas Covid-19 yang telah diumukan;

Baca Lanjut

BKC PEMULIH: JUMLAH BAYARAN & JADUAL PEMBAYARAN

INFO: BKC PEMULIH – JUMLAH BAYARAN & JADUAL PEMBAYARAN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 telah mengumumkan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merangkumi bantuan terbaharu bagi golongan rakyat yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang diumumkan Perdana Menteri menerusi PEMULIH ialah Bantuan Khas COVID-19 atau dalam singkatannya dipanggil BKC. Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.

Baca Lanjut