INFO: BPR FASA 3 – SEMAKAN TARIKH & BAKI BAYARAN KATEGORI BUJANG / KELUARGA
Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu dimana kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan isi rumah dan individu bujang dari golongan berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Menerusi kandungan intipati bajet 2021, kerajaan Perikatan Nasional telah menambah baik pelaksanaan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Prihatin Rakyat yang menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat sebelum ini. Ianya sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masa kini.
Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah skim bantuan bersasar sama seperti Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bantuan RM3000 Syarikat Pengendali Pelancongan Pemerkasa (MM2H)
Kerajaan PN telah memperluaskan dan memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40, ianya adalah tepat kerana pada masa kini apabila kita menyaksikan kenaikan harga barang, makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, barangan penjagaan diri dan barang belian one-off serta pertumbuhan upah yang tidak menentu (tidak seiring kadar peningkatan gaji dan upah) di Malaysia.
Faktor ini sekali gus meningkatkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi. Umum juga sedia maklum bahawa permohonan baharu dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dibuka bermula 15 Januari Hingga 15 Februari 2021 yang lalu.
Oleh yang demikian Ramai yang tertanya-tanya bilakah bayaran BPR seterusnya iaitu Fasa 3 dan tarikh sebenar wang bantuan tersebut akan dikreditkan ke akaun penerima.
Di sini akan dikongsikan tarikh semakan status dan maklumat pembayaran serta baki bayaran yang akan diterima mengikut kategori.
APAKAH BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 sebelum ini.
BPR 2021 bertujuan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Bayaran BPR dibuat dalam 3 fasa kesemuanya, dan Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan sebelum ini.
BILAKAH BAYARAN BPR FASA 3 AKAN DIKREDITKAN?
Permohonan BPR 2021 yang layak akan menerima bayaran Fasa Ketiga selepas melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Tarikh bayaran BPR Fasa 3 dijangkan akan diterima pada bulan September 2021.
Tarikh sebenar akan dimaklumkan oleh pihak kementerian dari semasa ke semasa.
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA?
Jumlah bayaran Fasa 3 yang akan diterima adalah bergantung kepada kategori penerima seperti berikut:
Kategori Keluarga
- RM500 utk Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak)
- RM1100 utk Isi rumah <2500 (2 anak ke atas)
- RM200 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak)
- RM600 utk Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas)
- RM100 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak)
- RM200 utk Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas)
Berapakah Bayaran Fasa 3 Bagi Kategori Bujang?
Kategori Bujang tidak akan menerima bayaran Fasa 3 kerana telah menerima keseluruhan amaun bayaran Bantuan Prihatin Rakyat berjumlah RM350 dalam Fasa 1 dan Fasa 2.
CARA SEMAKAN STATUS / BAYARAN BPR FASA 3
Untuk membuat semakan status kelulusan dan maklumat pembayaran BPR, sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang ‘Semak Status’
- Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
MAKLUMAT LANJUT
- Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
- Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI