INFO: BKC PEMULIH – JUMLAH BAYARAN & JADUAL PEMBAYARAN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021 telah mengumumkan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merangkumi bantuan terbaharu bagi golongan rakyat yang memerlukan.

Salah satu bantuan yang diumumkan Perdana Menteri menerusi PEMULIH ialah Bantuan Khas COVID-19 atau dalam singkatannya dipanggil BKC. Tujuan utama BKC diperkenalkan kerajaan menerusi PEMULIH adalah bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021.

Menerusi pelaksanaan BKC PEMULIH, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.6 bilion yang akan memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas, dan bujang.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Intipati Pelan Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)

MATLAMAT PEMULIH

Menerusi pelaksanaan PEMULIH, kerajaan menetapkan 3 matlamat utama iaitu:

  • Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  • Menyokong Perniagaan
  • Meningkatkan Vaksinasi

Pelaksanaan BKC adalah terkandung di bawah matlamat pertama PEMULIH iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.

KATEGORI PENERIMA BKC

Seperti yang diumumkan, terdapat 3 kategori penerima yang akan menerima bantuan BKC PEMULIH iaitu:

  • Miskin Tegar
  • B40
  • M40

JUMLAH BAYARAN

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKC yang layak adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaJumlah Bayaran Isi RumahJumlah Bayaran Bujang
Miskin TegarRM1,300RM500
B40RM800RM200
M40RM250RM100

JADUAL PEMBAYARAN

Jadual pembayaran bagi BKC yang akan diterima penerima adalah seperti berikut:

Kategori PenerimaBulan OgosBulan NovemberBulan Disember
Isi rumah Miskin TegarRM500RM500RM300
Bujang Miskin TegarRM200RM300
 Isi rumah B40RM500RM300
Bujang B40RM200
Isi rumah M40RM250
Bujang M40RM100

CARA PEMOHONAN

Bagi permohonan BKC, maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat permohonan akan diberitahu dari semasa ke semasa selepas diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

SOALAN LAZIM

Siapakah yang layak menerima bantuan BKC ini?

  • Terdapat 3 kategori penerima yang layak menerima BKC iaitu miskin tegar, B40 dan M40.

Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima bagi penerima yang layak?

  • Jumlah bayaran yang akan diterima adalah daripada RM100 kepada RM1,300 mengikut kategori penerima.

Bilakah bayaran BKC akan dibuat?

  • Pembayaran BKC akan dibuat pada bulan Ogos, November, dan Disember mengikut kategori penerima.

Apakah matlamat utama pelaksanaan BKC?

  • Matlamat utama pelaksanaan BKC bagi memastikan rakyat mendapat bantuan pada bulan-bulan mendatang sehingga akhir tahun 2021

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai PEMULIH, sila layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD