
MAKLUMAT DAN INFO TERKINI PENGELUARAN KWSP i-LESTARI (BARU DIKEMASKINI OLEH KWSP)
TERKINI: PENGELUARAN i-LESTARI TAK PERLU GUNA i-AKAUN, TAK PERLU GUNA BORANG, TAK PERLU BERATUR! SEMUANYA ONLINE! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>
Seperti yang kita maklum sebelum ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
Sudah pasti jika anda memohon kemudahan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos ianya akan mengambil sedikit masa dan ada kemungkinan dokumen yang anda hantar tidak sampai ke tangan pihak KWSP atau tercicir.
BACA LANJUT: Kaedah Terbaharu Pengeluaran i-Lestari KWSP (Tidak Perlu Borang)
Terdahulu pihak KWSP ada memaklumkan cara dan kaedah untuk mengaktifkan i-Akaun (Ahli), namun cara ini dilihat akan sukar dan remeh kerana memerlukan cop cari dan beberapa kaedah yang menyusahkan.
Oleh itu, pihak KWSP telah mengemaskini cara baharu yang tidak memerlukan cop jari dan hanya perlukan tandatangan sahaja.
TERKINI : PENGELUARAN KWSP i-LESTARI
Untuk makluman, kini tandatangan diterima bagi tujuan pengesahan Pengeluaran i-Lestari dan kami berharap penambahbaikan ini akan memudahkan urusan permohonan anda selain daripada permohonan melalui i-akaun.
Borang terkini boleh di muat turun di sini dan di bawah ini disertakan borang dalam bentuk imej;


BACA LANJUT: Kaedah Terbaharu Pengeluaran i-Lestari KWSP (Tidak Perlu Borang)
ANDA BOLEH PILIH SALAH SATU DARIPADA KAEDAH BERIKUT:-
Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari boleh di e-emelkan ke ilestarimohon@epf.gov.my
Permohonan i-Lestari Melalui Pos
Selain melalui e-mel, permohonan i-Lestari juga boleh dibuat melalui pos.
Sila hantarkan pos/kurier kepada alamat berikut :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Pertanyaan Lanjut
Anda merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari boleh dibuat melalui e-mel di ilestari@epf.gov.my.
Sumber: Facebook KWSP & Laman Web KWSP
Informasi lain berkaitan KWSP:
- Fakta Menarik Tentang KWSP Untuk Suri Rumah Yang Wajib Anda Ketahui
- Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Yang Ramai Orang Tak Tahu Dan Caranya
- Panduan & Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Pengeluaran i-Lestari Kwsp Ekoran Penularan Wabak Covid-19
- Lupa ID Dan Kata Laluan i-Akaun KWSP, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini
- Panduan Mudah Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun KWSP (Ahli) Melalui E-Mel
- Cara Tukar TAC i-Akaun (Ahli) KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari
KOMEN TERKINI