INFO – PANDUAN MUDAH PENDAFTARAN & PENGAKTIFAN i-AKAUN KWSP (AHLI) MELALUI E-MEL
TERKINI: PENGELUARAN i-LESTARI TAK PERLU GUNA i-AKAUN, TAK PERLU GUNA BORANG, TAK PERLU BERATUR! SEMUANYA ONLINE! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
Sudah pasti jika anda memohon kemudahan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos ianya akan mengambil sedikit masa dan ada kemungkinan dokumen yang anda hantar tidak sampai ke tangan pihak KWSP atau tercicir.
BACA LANJUT: Panduan & Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Pengeluaran i-Lestari KWSP Ekoran Penularan Wabak Covid-19 –>
Oleh yang demikian, pengeluaran secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) adalah satu kaedah yang sangat mudah dan cepat berbanding kaedah melalui e-mel ataupun pos.
Bagi mereka yang tidak mempunyai akses ke i-Akaun (Ahli) tak perlu bimbang kerana anda boleh memohon untuk berbuat demikian dengan bantuan pihak KWSP secara dalam talian sahaja.
Ahli kini boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:
- Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel; (klik di sini untuk muat turun borang); dan
- Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
- Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
- Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (cth: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
- Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar.
- Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli
Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
- Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
- Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu.
Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS.
Apabila i-Akaun (Ahli) telah diaktifkan, anda sudah boleh memohon pengeluaran i-Lestari dengan mudah dan cepat. Permohonan pengeluaran i-Lestari boleh dibuat secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) sepertimana cara berikut:
Ahli perlu log masuk ke i-Akaun (Ahli) → Pilih Tab Pengeluaran → Klik e-Pengeluaran → Klik Permohonan Baru → Pilih Pengeluaran i-Lestari untuk memulakan transaksi.
BACA LANJUT: Kaedah Terbaharu Pengeluaran i-Lestari KWSP (Tidak Perlu Borang)
Pengerusi PUBI Perak, En Sharul Rahman di Facebook Rasmi beliau turut berkongsi gambar cara-cara memohon KWSP i-Lestari atas talian menggunakan applikasi i-Akaun (Ahli) KWSP. Sangat mudah dan cepat..
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!
Anda juga boleh lawati laman web rasmi KWSP dan Facebook rasmi KWSP untuk segala info-info terkini berkaitan urusan i-Akaun dan pengeluaran i-Lestari.
Jika anda ingin mengetahui panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli) yang disediakan oleh pihak KWSP sila klik di sini untuk panduan pengaktifan i-Akaun (Ahli).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila kemukakan soalan anda melalui e-mel kepada ilestari@epf.gov.my
Sumber: Laman Web Rasmi KWSP
Informasi lain berkaitan KWSP:
- Fakta Menarik Tentang KWSP Untuk Suri Rumah Yang Wajib Anda Ketahui
- Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Yang Ramai Orang Tak Tahu Dan Caranya
- Panduan & Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Pengeluaran i-Lestari Kwsp Ekoran Penularan Wabak Covid-19
- Lupa ID Dan Kata Laluan i-Akaun KWSP, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini
- Cara Tukar TAC i-Akaun (Ahli) KWSP Untuk Pengeluaran i-Lestari
KOMEN TERKINI