TAHUKAH ANDA JUMLAH ANGGARAN SIMPANAN KWSP SURIRUMAH PADA 25 TAHUN AKAN DATANG SEKIRANYA MULA MENCARUM TAHUN INI?

Umum mengetahui bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengumumkan pelaksanaan skim simpanan KWSP untuk surirumah dan ianya bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Sudah pasti kaum ibu di Negara ini berasa teruja dan tidak sabar menikmati kemudahan yang sangat mesra rakyat ini dan pasti juga tertanya bagaimana pelaksanaannya. Jadi PUBI Perak akan huraikan serba sedikit info berkaitan Skim Simpanan KWSP seperti mana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat.

  1. Penerima adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
  2. Suami wajib mempunyai Caruman KWSP yang aktif dan dipotong setiap bulan.
  3. Pihak KWSP akan memotong sebanyak 2% daripada gaji suami untuk dicarumkan ke dalam akaun KWSP isteri. Contoh pendapatan suami adalah RM2,000 maka sebanyak RM40.00 akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP isterinya setiap bulan.
  4. Kerajaan pula akan menambah sebanyak RM50 sebulan dalam masa yang sama ke dalam akaun isteri bersamaan dengan RM600 setahun.
  5. YAB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menemui pihak KWSP untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut dalam masa terdekat ini.

Nampaknya kerajaan di bawah Pakatan Harapan sangat bersungguh-sungguh di dalam usahanya untuk membawa perubahan dan membina semua negara Malaysia yang tercinta ini.

Kami juga sempat membuat pengiraan anggaran jumlah simpanan surirumah di dalam akaun KWSP selama 25 tahun akan datang. Sila rujuk gambarajah di bawah.

Senario 1:

Kami anggap gaji suami bermula pada tahun ini adalah sebanyak RM1,200 sebulan. Jumlah caruman 2% dari gaji suami adalah RM1,200 x 2% = RM24. Dan pihak kerajaan akan menambah lagi RM50 bermakna jumlah caruman setiap bulan adalah RM74 sebulan.

Dan kami juga bayangkan dividen yang dibayar oleh KWSP kepada pencarum adalah tetap setiap tahun iaitu 6.9%.

Kami juga menganggap gaji suami akan meningkat sebanyak 5% setiap tahun.

Maka anggaran jumlah simpanan KWSP bagi surirumah dalam masa 25 tahun akan datang adalah sebanyak RM29,961.78 sen.

Gambarajah 1

Hmm.. kalau hendak difikirkan siapa yang sanggup berikan simpanan berjumlah hampir RM30,000 dalam tempoh 25 tahun akan datang kan? Pengiraan ini untuk suami yang bergaji RM1,200 dan bayangkan kalau isteri-isteri yang bersuamikan lelaki yang berpendapatan RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan..? Wah… tentu banyak caruman KWSP nya setiap bulan kan?

Apa pun PUBI Perak menyambut baik usaha kerajaan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas usaha yang sangat murni ini.

Semoga kerajaan Pakatan Harapan dapat mengeluarkan idea-idea yang lebih bernas serta melaksanakan manfaat yang sangat mesra rakyat disamping membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat ini.

Insyallah..

Senario 2;

Pendapatan suami RM5,000 dengan anggaran kenaikan gaji sebanyak 5% setahun dan dividen KWSP sebanyak 6.9% setahun. Jumlah simpanan KWSP isteri adalah dianggarkan akan terkumpul sebanyak RM77,259.45 sen dalam masa 25 tahun akan datang.

Gambarajah 2.

Jadi, kaum isteri anda sudah boleh mula sayang suami anda ketat-ketat. Sila berikan pandangan anda.

Amaran: Pengiraan di atas adalah illustrasi dan anggaran sahaja. Pengiraan yang sebenar bergantung kepada jumlah pendapatan suami dan kadar dividen yang ditentukan setiap tahun oleh pihak KWSP.