INFO TERKINI – KAEDAH TERBAHARU PENGELUARAN i-LESTARI KWSP (TIDAK PERLU BORANG)
Seperti yang kita maklum sebelum ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.
Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
Kemudian pihak KWSP juga menyediakan kaedah permohonan pengeluaran ini secara e-mel ataupun pos dan ianya turut mendapat respon yang tidak berapa seronok di dengar daripada pencarum-pencarum KWSP di Malaysia.
BACA LANJUT: Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro) –>
PENCARUM TIDAK GEMBIRA DENGAN KAEDAH PENGELUARAN i-LESTARI
Ramai yang berungut kerana sistem pengeluaran KWSP yang agak sulit dan menyukarkan pemohon untuk membuat pengeluaran wang mereka melalui pakej i-Lestari yang telah disediakan oleh pihak KWSP ini.
Mendengar keluhan para pencarum ini, KWSP sebagai sebuah entiti yang bertanggungjawab dan prihatin telah mewujudkan sebuah laman web khas bagi urusan pengeluaran i-Lestari ini.
Melalui laman web yang di bina ini, anda tidak perlu guna apa-apa borang-borang, tidak perlu pergi cawangan atau beratur ke kioks KWSP dan semuanya di dalam talian sahaja.
Kini pengeluaran i-Lestari boleh dibuat di laman web https://ilestari.kwsp.gov.my/ dan anda boleh memohon pengeluaran i-Lestari anda berkuat kuasa sekarang juga.
DENGAN SATU KLIK, URUSAN PENGELUARAN i-LESTARI KWSP DIPERMUDAHKAN! LAWATI SEGERA LAMAN WEB i-LESTARI KWSP DI ALAMAT https://ilestari.kwsp.gov.my/ SEKARANG JUGA!
Berikut adalah infografik Permohonan Baharu i-Lestari menggunakan laman web yang disediakan khas oleh pihak KWSP;
MELALUI LAMAN WEB INI JUGA ANDA BOLEH MENYEMAK STATUS PERMOHONAN i-LESTARI KWSP ANDA DENGAN MUDAH DAN CEPAT.
Alhamdulillah, urusan kita kini bertambah mudah dan terima kasih kepada pihak KWSP yang berusaha memperbaiki perkhidmatan mereka serta memberi kemudahan yang terbaik kepada para pencarumnya.
Semoga dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan ini akan dapat meringankan beban pengusaha rakyat Malaysia khususnya yang terjejas ekoran penularan wabak covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuat kuasakan di Negara kita ini.
Untuk info lanjut anda boleh lawati laman web rasmi KWSP atau Facebook rasmi KWSP seperti di bawah ini;
Sumber: Laman Web KWSP, Facebook KWSP
Infomasi lain berkaitan Geran Khas Prihatin PKS yang disediakan oleh Kerajaan;
- Geran Khas Prihatin Tambahan PKS (Perusahaan Kecil Dan Sederhana Serta Mikro)
- Panduan Memohon Pembiayaan Mikro BSN 0% Faedah Di Bawah Program Geran Khas Prihatin PKS
- Panduan Memohon Pembiayaan Tanpa Faedah Tekun Nasional Di Bawah Program Geran Khas PKS
- Soalan Lazim Mengenai Langkah-Langkah Bank Negara Untuk Membantu Individu, PKS Dan Syarikat Korporat Yang Terjejas Oleh Wabak Covid-19
- Bank Negara Benar Penangguhan Pinjaman Automatik Enam Bulan
KOMEN TERKINI