INFO – CARA TUKAR TAC i-AKAUN (AHLI) KWSP UNTUK PENGELUARAN i-LESTARI

TERKINI: PENGELUARAN i-LESTARI TAK PERLU GUNA i-AKAUN, TAK PERLU GUNA BORANG, TAK PERLU BERATUR! SEMUANYA ONLINE! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>

Seperti yang kita maklum sebelum ini, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak Covid-19 baru-baru ini.

Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian pula, ahli KWSP juga boleh melakukannya secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)

Sebelum ini PUBI Perak ada berkongsi info bagaimana hendak mengaktifkan i-Akaun (Ahli) KWSP menggunakan e-mel atau pos memandangkan semua Pejabat KWSP ditutup untuk sebarang urusan.

BACA LANJUT: Kaedah Terbaharu Pengeluaran i-Lestari KWSP (Tidak Perlu Borang)

Namun demikian didapati ada segelintir pencarum KWSP yang menghadapi masalah di mana i-Akaun (Ahli) mereka masih aktif dan mereka masih boleh login cuma masalah mereka adalah nombor telefon yang didaftarkan untuk penghantaran nombor TAC sudah tidak aktif atau sudah ditukarkan dengan nombor yang lain.

Sekiranya masalah ini yang anda hadapi, sudah pasti nombor TAC yang akan dihantar kepada anda oleh pihak KWSP untuk pengeluaran i-Lestari akan tergendala.

Jangan bimbang, ini bukanlah satu masalah yang besar. Berikut adalah kaedah yang disarankan kepada anda untuk tindakan lanjut oleh anda;

  1. Hubungi pihak KWSP melalui talian 03-89226000 (8.00 pagi – 6.00 petang) 
  2. Dengar arahan dan pilih nombor untuk i-Akaun (Ahli)
  3. Bercakap dengan operator KWSP untuk beberapa langkah pengesahan bagi penukaran nombor telefon anda bagi tujuan penghantaran nombor TAC. 

Inilah kaedah paling terbaik untuk menyelesaikan masalah pencarum KWSP berkaitan dengan pengaktifan nombor TAC i-Akaun (Ahli) anda.

Anda dinasihatkan untuk bersabar ketika membuat panggilan telefon kerana dijangka talian KWSP agak sesak ketika ini ekoran penularan penyakit Covid-19 di negara kita.

Anda juga boleh melayari laman web rasmi KWSP untuk info-info lanjut. Semoga ianya dapat membantu. Selamat mencuba..

Informasi lain berkaitan KWSP:

  1. Fakta Menarik Tentang KWSP Untuk Suri Rumah Yang Wajib Anda Ketahui
  2. Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Yang Ramai Orang Tak Tahu Dan Caranya
  3. Panduan & Soalan Lazim Berkaitan Bantuan Pengeluaran i-Lestari KWSP Ekoran Penularan Wabak Covid-19
  4. Lupa ID Dan Kata Laluan i-Akaun KWSP, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini
  5. Panduan Mudah Pendaftaran & Pengaktifan i-Akaun KWSP (Ahli) Melalui E-Mel
  6. Maklumat Dan Info Terkini Pengeluaran KWSP i-Lestari (Baru Dikemaskini Oleh KWSP)

COVID-19 SANGAT BERBAHAYA! JOM SEDIAKAN PERLINDUNGAN UNTUK KELUARGA KITA! KLIK UNTUK INFO LANJUT –>