DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

INFO: DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Selepas ketibaan pertama vaksin Covid-19 di Malaysia, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 kini boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan tersebut melalui aplikasi MySejahtera.

Pemberian vaksin tersebut adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022.

Untuk makluman, sehingga hari ini Malaysia mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.

Baca Lanjut

PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021

TERKINI: PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021

Pada 18 Januari 2021, YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bahawa pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021.⠀

Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BPR, 8.45 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM300 setiap penerima untuk kategori isi rumah (4.4 juta penerima) dan RM150 setiap seorang untuk individu bujang (4.05 juta penerima) secara berperingkat mulai 24 Februari 2021 (Rabu), melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion.⠀

Baca Lanjut

SEMAKAN BAYARAN BPR FASA 1 BUJANG & ISI RUMAH (DIPERCEPATKAN KEPADA FEBRUARI)

INFO: SEMAKAN BAYARAN BPR FASA 1 BUJANG & ISI RUMAH (DIPERCEPATKAN KEPADA FEBRUARI)

Difahamkan mulai 22 Februari 2021, ada pemohon yang telah menerima bayaran BPR Fasa 1 (BSN).

Untuk makluman, bayaran BPR Fasa Pertama ini akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Jika anda telah memohon ataupun merupakan penerima BSH dan BPN sebelum ini, anda bolehlah membuat semakan melalui langkah di bawah:

Baca Lanjut

PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE: BAUCER KEDAI & KREDIT IKLAN RM800

INFO: PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE: BAUCER KEDAI & KREDIT IKLAN RM800

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis kemudahan bantuan / pinjaman MARA yang menyediakan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera.

Ekoran Malaysia yang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 juga memberi impak terhadap sosio-ekonomi negara semenjak bulan Mac 2020 di mana secara tidak langsung menjejaskan aktiviti kelangsungan perniagaan para usahawan.

Terkini melalui satu program pihak MARA mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee melalui Program Jana Niaga MARA Shopee.

Baca Lanjut