INFO: SEMAKAN BAYARAN BPR FASA 1 BUJANG & ISI RUMAH (DIPERCEPATKAN KEPADA FEBRUARI)

Difahamkan mulai 22 Februari 2021, ada pemohon yang telah menerima bayaran BPR Fasa 1 (BSN).

Untuk makluman, bayaran BPR Fasa Pertama ini akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.

Jika anda telah memohon ataupun merupakan penerima BSH dan BPN sebelum ini, anda bolehlah membuat semakan melalui langkah di bawah:

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Program Jana Niaga MARA Shopee: Baucer Kedai & Kredit Iklan RM800

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BPR 2021

Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.

bayaran bpr fasa 1

KADAR BAYARAN BPR FASA 1

Bayaran bagi yang lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat dijangka akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • Fasa 1 – Februari 2021
  • Fasa 2 – September / Oktober 2021

Nilai bantuan yang akan diperolehi adalah bergantung kepada kategori kelayakan iaitu:

  1. Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500
    • 1 orang anak RM1,200
    • 2 orang anak atau lebih RM1,800
  2. Isi rumah berpendapatan antara RM2,001 – RM4,000
    • 1 orang anak RM800
    • 2 orang anak atau lebih RM1,200
  3. Bujang berpendapatan bawah RM2,500
    • 21 tahun ke atas RM350
Kaedah bayaran

Seperti BSH dan BPN sebelum ini, kaedah bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing yang telah didaftarkan.

Pembayaran tunai pula akan dilakukan melalui kaunter BSN mengikut tarikh yang akan diberitahu secara rasmi dalam masa terdekat ini.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG BAYARAN BPR FASA 1

Untuk mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan BPR 2021, sila lakukannya hubungi saluran berikut:

  1. Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  3. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
  4. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.
TERKINI: MENTERI KEWANGAN TELAH UMUMKAN PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN PRIHATIN RAKYAT SECARA BERPERINGKAT MULAI 24 FEBRUARI 2021. Klik untuk info lanjut –>

Sumber: Laman Web Rasmi Bantuan Prihatin Rakyat