INFO: PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE: BAUCER KEDAI & KREDIT IKLAN RM800

Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis kemudahan bantuan / pinjaman MARA yang menyediakan pembiayaan untuk membantu usahawan Bumiputera.

Ekoran Malaysia yang dilanda dengan wabak pandemik COVID-19 juga memberi impak terhadap sosio-ekonomi negara semenjak bulan Mac 2020 di mana secara tidak langsung menjejaskan aktiviti kelangsungan perniagaan para usahawan.

Terkini melalui satu program pihak MARA mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee melalui Program Jana Niaga MARA Shopee.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: 13 Jenis Bantuan Pinjaman Mara Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Di sini disertakan maklumat lanjut tentang program ini untuk makluman usahawan dan peniaga yang berminat.

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.

APAKAH PROGRAM JANA NIAGA MARA SHOPEE?

Merupakan sebuah inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian.

Program ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara online, geran baucer kedai dan kredit iklan (one-off sahaja) dan bimbingan dan pemantauan.

E-kedai usahawan yang berjaya akan dimasukkan ke e-Mall Jana Niaga MARA (https://shopee.com.my/m/jananiaga) untuk menerima Baucer kedai dan kredit iklan.

E-Mall Jana Niaga MARA juga menawarkan baucer diskaun dan baucer free shipping kepada pembeli.

KELEBIHAN JANA NIAGA MARA SHOPEE

Kelebihan menyertai program ini:

  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucer Kedai Bernilai RM400.00
  • Kredit Iklan Bernilai RM400.00

SYARAT PERMOHONAN

  • Usahawan Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar di SSM/PBT (Sabah & Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee.
  • Usahawan bersetuju syarat – syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.

CARA PERMOHONAN JANA NIAGA MARA SHOPEE

Usahawan yang berminat boleh memohon di link berikut: https://forms.gle/eJZNrBY1t4qmBVtD6 atau scan QR Code di poster iklan di bawah:

jana niaga mara shopee

TARIKH PERMOHONAN

Borang permohonan akan dibuka bermula pada 22.2.2021 (Isnin) jam 10.00 pagi sehingga 5.3.2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Permohonan usahawan akan diproses oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) dan usahawan akan dihubungi oleh PMN.

Tarikh tutup pada 5 Mac 2021 (Jumaat).

YURAN

Yuran komitmen bagi penyertaan program adalah sebanyak RM100.00.

Hanya usahawan yang berjaya akan dihubungi oleh Pejabat MARA Negeri (PMN) terdekat.

Usahawan yang tidak dihubungi oleh MARA dalam tempoh 3 bulan, permohonan di anggap TIDAK BERJAYA.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

  • Mohamad Fahriz – 03-26134324 / 013-8835533
  • Mohd Yazid – 03-26134328 / 018-2119793
  • Hazila – 03-26134818 / 019-9174495

Atau rujuk Facebook Majlis Amanah Rakyat (MARA) di pautan berikut: 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat nasihat untuk setiap permohonan, pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan di talian 03-2613 2529 atau hadir ke Pejabat MARA Negeri/Daerah yang berhampiran.

Info lanjut ini juga boleh didapati menerusi laman sesawang: https://www.mara.gov.my/

Sumber : Facebook MARA