INFO: DAFTAR TERIMA VAKSIN COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA
Selepas ketibaan pertama vaksin Covid-19 di Malaysia, rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan suntikan Vaksin COVID-19 kini boleh membuat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan tersebut melalui aplikasi MySejahtera.
Pemberian vaksin tersebut adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijalankan dalam tempoh setahun bermula Februari 2021 hingga Februari 2022.
Untuk makluman, sehingga hari ini Malaysia mendapat akses kepada bekalan Vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui pembelian awal daripada 5 pengeluar vaksin di seluruh dunia.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Pembayaran Fasa 1 Bantuan Prihatin Rakyat Secara Berperingkat Mulai 24 Februari 2021
5 pengeluar vaksin tersebut adalah:
- Pfizer/BioNTech
- AstraZeneca
- CanSino Biologics
- Sputnik V
- Sinovac
Pemberian vaksin tersebut adalah secara sukarela dan percuma kepada semua penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara.
Kerajaan telah memberi jaminan bahawa vaksin tersebut adalah selamat kerana Vaksin COVID-19 ini telah mengalami proses analisis dan kajian sebelum diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD.
APAKAH MAKSUD VAKSIN?
Vaksin merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mengawal dan melindungi masyarakat Malaysia daripada pandemik COVID-19.
Suntikan Vaksin COVID-19 dilakukan untuk merangsang sistem imun agar apabila orang ramai terdedah kepada koronavirus SARS-CoV-2, tubuh badan boleh bertindak balas terhadap jangkitan COVID-19.
FASA PEMBERIAN VAKSIN
Pemberian Vaksin COVID-19 di Malaysia akan berlangsung sebanyak 3 fasa iaitu:
Fasa | Bulan | Jumlah Penerima | Sasaran Penerima |
Fasa 1 | Februari-April 2021 | 500,000 orang | – Petugas barisan hadapan yang merangkumi petugas kesihatan kerajaan dan swasta – Petugas barisan hadapan yang merangkumi perkhidmatan penting dan pertahanan |
Fasa 2 | April-Ogos 2021 | 9.4 juta orang | – Baki kakitangan penjaga kesihatan serta perkhidmatan penting dan pertahanan. – Warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi serta Orang Kelainan Upaya (OKU) |
Fasa 3 | Mei 2021-Februari 2022 | 13.7 juta orang atau lebih | – Penduduk berumur 18 tahun ke atas (warganegara & bukan warganegara). |
KATEGORI TIDAK SESUAI MENERIMA VAKSIN
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori yang tidak sesuai untuk menerima Vaksin COVID-19 iaitu:
- Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
- Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin.
- Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti radioterapi, kemoterapi, dan imunoterapi.
- Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 kurang 200 cells/mL.
- Ibu yang sedang mengandung atau merancang untuk hamil.
- Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria.
- Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum menerima vaksin.
- Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah iaitu di bawah 50,000 per microlitre.
CARA MENDAFTAR
Untuk pendaftaran bagi menerima Vaksin COVID-19, orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera seperti berikut:
- Buka aplikasi MySejahtera anda.
- Tekan bahagian ‘Close’ di kanan atas paparan.
- Klik bahagian ‘COVID19 Vaccination.’
- Klik bahagian ‘Vaccine for (Nama Anda).’
- Sahkan maklumat diri anda dan klik butang ‘Confirm’ jika tiada perubahan. Jika maklumat tersebut salah, klik butang ‘Edit.’
- Kemudian, klik pada ayat ‘Click Here’ yang bergaris.
- Jawab soalan yang diberikan dan klik butang ‘Hantar.’
- Anda akan menerima paparan yang menunjukkan pendaftaran berjaya dilakukan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Vaksin COVID-19 ini, sila layari laman web https://www.vaksincovid.gov.my/.
Sumber: Semakan Online
KOMEN TERKINI