SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DI ATAS PELANTIKKAN SEBAGAI NAIB PENGERUSI PUBI PERAK

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Puan Samsiah binti Abdullah @ Ahmad di atas pelantikan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi sesi 2021/23.

Semoga Pn Samsiah dapat memberi khidmat yang terbaik dalam usaha mencakna ekonomi bangsa melalui Pertubuhan Usahawan dan Gerakan Koperasi di Negeri Perak ini serta bersama Kumpulan PUBI di dalam memperjuangkan nasib rakyat terutamanya golongan usahawan, bakal usahawan dan usahawan belia. Insyallah..

Ikhlas daripada;
Ahli Majlis Kumpulan PUBI

LAWATAN KERJA DAN TAPAK BAGI KONTRAK PEMBERSIHAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 2hb Ogos 2022 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah mengadakan lawatan kerja dan tapak ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang terletak di Batu Gajah Perak.

Hadir ke lawatan kerja ini mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Rahman dan tujuan utama lawatan ini adalah menawarkan sebut harga serta mendengar taklimat berkaitan kontrak perkhidmatan membersih, menyelenggara, mencuci kawasan dan kerja-kerja landskap di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.

Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Tuan Vijayan Kumar A/L Nadarajan telah mengalu-alukan kedatangan para kontraktor perkhidmatan kebersihan dan landskap serta menyampaikan taklimat ringkas di auditorium dan turut hadir adalah Encik Azlan bin Hussain, Timbalan Pengarah APBM.

Baca Lanjut

MAJLIS PERLANCARAN PUTIK, PROGRAM SIL DAN APLIKASI STOPOVER

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini, Pada 4hb Ogos 2022 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dijemput untuk menghadir ke Majlis Perlancaran Putik, Program Sil Dan Aplikasi Stopover yang diadakan di Hotel M Roof Hotel and Residence, Ipoh Perak dan hadir mewakili PUBI Perak ke majlis itu adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi PUBI Perak.

Baca Lanjut

5 TIPS PENGURUSAN WANG UNTUK USAHAWAN MUDA

5 TIPS PENGURUSAN WANG UNTUK USAHAWAN MUDA

Pakar kewangan mengesyorkan agar anda menyimpan wang setiap bulan, tetapi itu lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Lagipun, ia bukan sesuatu yang luar biasa bagi orang ramai untuk menghabiskan duit dengan berbelanja sebaik saja menerima gaji.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin memulakan perniagaan, anda perlu melepaskan diri dari kitaran ini dan mula membuat belanjawan dan menyimpan. Ianya merupakan tugas yang mencabar, tetapi ia mesti dilakukan jika anda ingin berjaya sebagai seorang usahawan.

Jom kita amalkan lima petua di bawah ini.

Baca Lanjut