
INFO: CARA MEMOHON BANTUAN ONE OFF RM300 PENJAJA, PENIAGA KECIL & PASAR AWAM (MBI)
Pada 5 Ogos 2021 yang lalu Majlis Bandar Ipoh telah mengumumkan bantuan ‘one off’ sebanyak RM300 kepada penjaja, peniaga kecil dan pasar awam di bawah lesen Majli Bandar Raya Ipoh (MBI).
Ini adalah hasil inisiatif Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak yang mana telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19. Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.
Oleh itu, semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI bermula 7 Ogos 2021 (Sabtu) sehingga 30 September 2021.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Download Borang Bantuan Khas Kematian Covid-19 NADMA RM5,000
Mereka yang layak dan memenuhi syarat perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan iaitu Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Penyata Bank/ Buku Bank yang aktif bagi agihan bantuan dapat dibuat secara atas talian dan sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 05-2058047 (Waktu pejabat sahaja).
Info penting berkaitan permohonan ini adalah seperti berikut:
- Sekiranya pemohon telah memohon dan telah menerima bantuan “one off” RM300 covid 19 ini dari PBT yang lain, mereka adalah tidak layak memohon dengan MBI.
- Pemohon bertanggungjawab muat naik dokumen buku bank/penyata bank yang lengkap, betul, jelas, terkini, valid, aktif , bukan milik individu lain, bukan milik syarikat & adalah milik pemegang lesen sendiri.
- Bagi dokumen kad pengenalan pemohon hendaklah “mengupload” / memuatnaik kad pengenalan yg lengkap, betul, jelas, bukan milik individu lain dan milik pemegang lesen sendiri.
- Tidak perlu muat naik lesen perniagaan dan gambar atau lain-lain dokumen selain daripada kad pengenalan dan penyata/buku bank.
- Sila kemukakan nombor telefon yang terbaru dan aktif untuk memudahkan proses dihubungi.
- Permohonan yang lengkap berserta dokumen akan memudahkan proses permohonan dan kemasukan wang bantuan.
Adalah diingatkan bahawa pemohon tidak di benarkan membuat permohonan melalui “walkin” atau datang ke pejabat MBI. Sebarang permohonan melalui kaedah ini TIDAK AKAN DILAYAN.

CARA MEMOHON BANTUAN ONE OFF RM300 PENJAJA, PENIAGA KECIL & PASAR AWAM (MBI)
Berikut adalah cara-cara untuk memohon bantuan ‘one off’ sebanyak RM300 yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh kepada penjaja, peniaga kecil dan pasar awam yang berkelayakan serta berlesen di bawah Majlis Bandara Ipoh.
Pemohon hendaklah memohon melalui link yang disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh seperti berikut –> https://sbptonline.mbi.gov.my/mypenjaja/?borang/ban_borangban.
Link ini juga boleh diperlohehi di laman web Majlis Bandaraya Ipoh mulai 7hb Ogos 2021.
Kemudian sila ikut langkah-langkah permohonan seperti infografik yang telah disediakan di bawah ini;





Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan boleh hubungi talian 05-2058047 (Waktu pejabat sahaja).
SOALAN LAZIM PENGAGIHAN BANTUAN “ONE OFF” (RM 300) COVID 19 KEPADA PENJAJA & PENIAGA KECIL MAJLIS BANDARAYA IPOH
S1: Bagaimana cara memohon Bantuan “One Off” RM 300 Covid 19MBI?
J: Permohonan hendaklah di kemukakan secara online di pautan https://www.mbi.gov.my/perniagaan/bantuan-one-penjaja-danpeniaga-kecil melalui Portal MBI
S2: Apakah kriteria yang diperlukan untuk memohon bantuan ini?
J : Kriteria pemohon adalah Semua Penjaja Dan Peniaga Kecil termasuk Peniaga Pasar Awam yang berlesen di bawah Majlis Bandaraya Ipoh dan lesen adalah aktif. Pelesen yang layak adalah yang berlesen dengan MBI setakat Jun 2021.
S3: Adakah pemohon boleh “walkin” atau datang ke pejabat MBI untuk penghantar permohonan?
J: Tidak, pemohon tidak di benarkan membuat permohonan melalui “walkin” atau datang ke pejabat MBI. Sebarang permohonan melalui kaedah ini TIDAK AKAN DILAYAN.
S4: Tempoh permohonan boleh dibuka?
J: Permohonan dibuka mulai 7 Ogos 2021 (Sabtu) sehingga Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 September 2021.
S5: Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon?
J: Dokumen yang diperlukan adalah Kad Pengenalan dan Penyata Bank atau Buku Bank. Dokumen hendaklah dimuat naik semasa mengisi borang permohonan.
- PEMOHON BERTANGGUNGJAWAB MUAT NAIK DOKUMEN BUKU BANK/PENYATA BANK YANG LENGKAP, BETUL, JELAS, TERKINI, VALID, AKTIF, BUKAN MILIK INDIVIDU LAIN, BUKAN MILIK SYARIKAT & ADALAH MILIK PEMEGANG LESEN SENDIRI.
- BAGI DOKUMEN KAD PENGENALAN PEMOHON HENDAKLAH MUAT NAIK K/P YANG LENGKAP, BETUL, JELAS, BUKAN MILIK INDIVIDU LAIN DAN MILIK PEMEGANG LESEN SENDIRI.
- TIDAK PERLU MUAT NAIK LESEN PERNIAGAAN DAN GAMBAR ATAU LAIN-LAIN DOKUMEN SELAIN DARIPADA KAD PENGENALAN DAN PENYATA/BUKU BANK.
S6: Adalah memuatnaik dokumen KP dan Penyata Bank/ Buku Bank adalah kemestian?
J: Ya, sekiranya pemohon gagal untuk memuatnaik dokumen KP dan Penyata Bank/ Buku Bank yang lengkap, betul, jelas, terkini, valid, aktif , bukan milik individu lain, bukan milik syarikat dan adalah milik pemegang lesen sendiri akan menyebabkan proeses kemasukan duit ke dalam bank anda menjadi rumit dan mengambil masa yang lama.
S7: Berapa lamakah proses kemasukan duit kedalam akaun pemohon?
J: Permohonan yang lengkap akan menerima duit dalam masa 5 hari bekerja, sekiranya permohonan dan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, ini akan menyukarkan proses
penyaluran duit ke akaun penerima dan mengambil masa yang lebih lama.
S8: Apakah nombor telefon yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?
J: Hotlink adalah 05-2058047
S9: Adakah perlu memuatnaik Lesen Perniagaan?
J: Tidak perlu , hanya KP dan Buku bank / penyata Bank sahaja yang perlu di muatnaik.
S10: Adakah pemegang Permit Penjaja Sementara layak memohon?
J: Pemegang Permit Penjaja Sementara yang di keluarkan Permit setakat Jun 2021 sahaja yang layak memohon.
S11: Adakah maklumat email pemohon diperlukan?
J: Tidak diperlukan , tetapi jika pemohon mempunyai alamat email, tiada masalah untuk dikemukakan.
S12: Adakah maklumat nombor telefon diperlukan?
J: Maklumat telefon hendaklah dinyatakan dan hendaklah terbaru dan aktif.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI