INFO: DOWNLOAD BORANG BANTUAN KHAS KEMATIAN COVID-19 NADMA RM5,000
Terkini, NADMA mengumumkan pemberian bantuan khas kematian COVID-19 sebanyak RM5,000 yang akan dibayar secara one-off kepada waris si mati yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang parlimen baru-baru ini. Dimaklumkan sebanyak lebih 300 permohonan masih dalam proses kelulusan oleh Nadma pada waktu itu.
Media melaporkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan RM6.16 juta di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 kepada 1,232 waris yang kematian ahli keluarga akibat Covid-19 setakat 19 Julai.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Bantuan One Off Penjaja Dan Peniaga Kecil (RM300) Majlis Bandaraya Ipoh
SYARAT KELAYAKAN
- Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
- Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati
- Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.
KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEMATIAN COVID-19 NADMA
Pemohon wajib mengisi borang permohonan yang disertakan di bawah dengan lengkap.
Antara dokumen lampiran yang perlu disertakan termasuklah:
- Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
- Salinan Sijil Kematian
- Salinan Kad Pengenalan si mati
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
- Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Alamat emel rasmi: bkcovid19@nadma.gov.my
WhatsApp NADMA: +60 11-1321 8056
KAEDAH PEMBAYARAN
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Klik di sini untuk download borang permohonan Bantuan Khas COVID-19 NADMA.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI