PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 23hb Julai 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri satu sesi anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) secara di dalam talian bagi membincangkan isu-isu berkaitan Perusahawan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Perak.

BACA AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Majlis Sumbangan Barangan Makanan Kepada 200 Peniaga Pasar Malam

Terdapat lebih 20 buah NGO berkaitan usahawan yang berdaftar telah menyertai sesi ini termasuk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) di mana Pengerusi En. Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi En Shahrul Izam telah turut sama hadir secara di dalam talian.

Mempengerusikan sesi ini adalah En. Mohamad Rozlan Mohamad Razalli selaku Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang berpengkalan di Pusat Usahawan PKNP Bandar Meru Raya.

Di dalam sesi ini, setiap NGO diberi peluang dan ruang untuk memberikan pandangan serta mencakna pemikiran ke arah membangunkan usahawan terutamanya pada waktu Pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia ini.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak juga turut menyatakan pendirian serta menyambut baik usaha yang telah dilakukan oleh STeP ini.

En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah hadir secara dalam talian untuk sesi ini dan turut hadir adalah Timbalan Pengerusi En Shahtul Izam Bin Mustapha.

Selain itu, En. Mohamad Rozlan Mohamad Razalli selaku Pengarah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) telah mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan, Usahawan, Penjaja, PKS dan Koperasi Perak (MPKK) yang akan melibatkan NGO-NGO usahawan dan Koperasi peringkat Negeri Perak yang mana akan menjadi platform terbaik untuk mengerakkan aktiviti keusahawanan di seluruh daerah.

Semoga dengan tertubuhnya majlis ini akan merancakkan lagi sektor PKS di Negeri Perak ini seterusnya memaju ekonomi negeri Perak ke arah negeri maju menjelang 2025 nanti.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan terus meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membantu serta membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak