eBANTUAN JKM: PERMOHONAN 11 SKIM BANTUAN JKM 2021 (ONLINE/MANUAL)

INFO: eBANTUAN JKM – PERMOHONAN 11 SKIM BANTUAN JKM 2021 (ONLINE/MANUAL)

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Baca Lanjut

SESI PERBINCANGAN BERSAMA NGO BERKAITAN PKS NEGERI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 23hb Julai 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri satu sesi anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) secara di dalam talian bagi membincangkan isu-isu berkaitan Perusahawan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Perak.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON BANTUAN ONE OFF RM300 PENJAJA, PENIAGA KECIL & PASAR AWAM (MBI)

INFO: CARA MEMOHON BANTUAN ONE OFF RM300 PENJAJA, PENIAGA KECIL & PASAR AWAM (MBI)

Pada 5 Ogos 2021 yang lalu Majlis Bandar Ipoh telah mengumumkan bantuan ‘one off’ sebanyak RM300 kepada penjaja, peniaga kecil dan pasar awam di bawah lesen Majli Bandar Raya Ipoh (MBI).

Ini adalah hasil inisiatif Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak yang mana telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19. Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19.

Oleh itu, semua penjaja dan peniaga kecil yang yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web MBI bermula 7 Ogos 2021 (Sabtu) sehingga 30 September 2021.

Baca Lanjut

DOWNLOAD BORANG BANTUAN KHAS KEMATIAN COVID-19 NADMA RM5,000

INFO: DOWNLOAD BORANG BANTUAN KHAS KEMATIAN COVID-19 NADMA RM5,000

Terkini, NADMA mengumumkan pemberian bantuan khas kematian COVID-19 sebanyak RM5,000 yang akan dibayar secara one-off kepada waris si mati yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang parlimen baru-baru ini. Dimaklumkan sebanyak lebih 300 permohonan masih dalam proses kelulusan oleh Nadma pada waktu itu.

Media melaporkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan RM6.16 juta di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 kepada 1,232 waris yang kematian ahli keluarga akibat Covid-19 setakat 19 Julai.

Baca Lanjut