CARA KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

INFO: CARA KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)

Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu dimana kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan isi rumah dan individu bujang dari golongan berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menerusi kandungan intipati bajet 2021, kerajaan Perikatan Nasional telah menambah baik pelaksanaan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Prihatin Rakyat yang menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat sebelum ini. Ianya sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masa kini.

Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah skim bantuan bersasar sama seperti Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).

Baca Lanjut

PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP) 2021

INFO: PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP) 2021

Tahukah anda ada pelbagai inisiatif dan bantuan khusus yang diwujudkan oleh pihak kerajaan khas untuk membantu PKS bumiputera terutamanya bagi meningkatkan keupayaan masing-masing di dalam sektor perniagaan masing-masing.

Antara agensi di bawah kerajaan persekutuan yang giat membantu usahawan-usahawan PKS di negara kita ini adalah SME Corp. SME Corp atau Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. SME Corp. Malaysia juga berperanan sebagai Sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK), yang dipengerusikan oleh oleh Perdana Menteri Malaysia.

Baca Lanjut

PERMAI: 22 INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERMAI 2021 DIUMUMKAN

INFO: 22 INISIATIF PAKEJ BANTUAN PERMAI 2021 DIUMUMKAN

Pada 18hb Januari 2021 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia tadi telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.

Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan 4 pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat.

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Baca Lanjut

CARA LANGGAN PAKEJ DATA KHAS SPM/STPM 2021 DARIPADA SYARIKAT TELCO

INFO: CARA LANGGAN PAKEJ DATA KHAS SPM/STPM 2021 DARIPADA SYARIKAT TELCO

Kerajaan melalui KKMM mengumumkan sebuah inisiatif melalui syarikat-syarikat telco iaitu Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 untuk bagi pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini.

Pakej Data Khas ini telah dihebahkan oleh Menteri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dengan kerjasama MCMC dan juga disokong oleh syarikat-syarikat telco seperti Digi, U Mobile, TM, Maxis dan Celcom.

Sehingga kini para pelajar khususnya calon SPM dan STPM menjalani pembelajaran secara online di rumah. Jadi mereka perlukan data internet yang cukup dan laju untuk belajar sebelum dibenarkan pulang semula ke sekolah pada Januari 2021 ini.

Baca Lanjut