
INFO: CARA KEMASKINI BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR)
Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu dimana kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan isi rumah dan individu bujang dari golongan berpendapatan rendah melalui Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Menerusi kandungan intipati bajet 2021, kerajaan Perikatan Nasional telah menambah baik pelaksanaan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Prihatin Rakyat yang menggantikan Bantuan Sara Hidup Rakyat sebelum ini. Ianya sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masa kini.
Skim Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah skim bantuan bersasar sama seperti Skim Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2021
Kerajaan PN telah memperluaskan dan memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40, ianya adalah tepat kerana pada masa kini apabila kita menyaksikan kenaikan harga barang, makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, barangan penjagaan diri dan barang belian one-off serta pertumbuhan upah yang tidak menentu (tidak seiring kadar peningkatan gaji dan upah) di Malaysia.
Faktor ini sekali gus meningkatkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi. Umum juga sedia maklum bahawa permohonan baharu dan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah dibuka bermula 15 Januari Hingga 15 Februari 2021.
Artikel ini merupakan panduan kepada mereka yang ingin membuat kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda perlu rujuk panduan di bawah.
SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUAT KEMASKINI BPR ?
Terbuka kepada semua golongan yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) atau Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang mempunyai pendapatan RM 5,000 dan ke bawah bagi Kategori Isi Rumah.
Manakala, mempunyai pendapatan RM 2,500 dan ke bawah bagi Kategori Bujang.Kepada yang tidak pernah menerima bantuan di atas, anda perlu membuat permohonan baru BPR. Sila rujuk disini Permohonan Baharu BPR.
BACA ARTIKEL: Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 – Pendaftaran / Pengemaskinian
ANDA PERLU MEMBUAT KEMASKINI SEKIRANYA
1. Status Perkahwinan berubahSebagai contoh, jika dahulu anda bujang semasa menerima BSH 2020 dan BPN 2.0 tetapi kini anda telah berkahwin. Anda perlu membuat kemaskini.
Begitu juga kepada pemohon yang status perkahwinan berubah daripada berkahwin kepada bercerai / kematian pasangan.
2. Penambahan anakJika dahulu sewaktu BSH 2020 dan BPN 2.0 anda hanya mempunyai seorang anak tetapi kini telah bertambah kepada dua orang anak. Anda juga perlu membuat kemaskini.
3. Perubahan nombor telefon4. Perubahan akaun bankJika dulu anda menggunakan Bank Islam tetapi kini anda telah menggunakan Maybank. Anda perlu melakukan kemaskini.
Sekiranya tiada perubahan, anda tidak perlu membuat kemaskini dan tunggu sahaja pembayaran BPR dilakukan.
CARA MEMBUAT KEMASKINI BPR
- Layari portal rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/
- Klik pada ‘Log Masuk’
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Seterusnya, anda akan diminta untuk sahkan akaun anda dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan. Sila jawab dengan teliti.
- Kemaskini maklumat yang diperlukan. Anda perlu muat naik dokumen sekiranya perlu.
- Klik ‘Teruskan’
- Sahkan maklumat dan klik ‘Hantar’.
- Permohonan kemaskini anda berjaya dihantar.
Semoga membantu mereka yang memerlukan bantuan ini. Selamat mencuba..
BACA ARTIKEL: Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 – Pendaftaran / Pengemaskinian
KOMEN TERKINI