CARA MENDAFTAR LHDN SECARA ‘ONLINE’ BAGI PEMOHON BANTUAN GERAN PRIHATIN KHAS RM3000 PKS (MIKRO)

INFO – CARA MENDAFTAR LHDN SECARA ‘ONLINE’ BAGI PEMOHON BANTUAN GERAN PRIHATIN KHAS RM3000 PKS (MIKRO)

TERKINI: PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) RM3000 UNTUK PKS KINI TELAH DIBUKA!

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia melalui Kemeterian Kewangan Malaysia telah mengumumkan insentif khas kepada Pengusaha PKS (Mikro) ekoran mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak Covid-19 yang melanda negara kini. 

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita adalah Geran Khas Prihatin PKS iaitu bantuan khas kepada pengusaha/peniaga PKS dengan bantuan geran sebanyak RM3,000 untuk setiap seorang/syarikat.

Baca Lanjut

AHLI GUSTI BERHIJAB DISENARAI FORBES 30 UNDER 30 ASIA

KISAH KEJAYAAN – AHLI GUSTI BERHIJAB DISENARAI FORBES 30 UNDER 30 ASIA

KUALA LUMPUR: Ahli gusti berhijab, Nor ‘Phoenix’ Diana antara 12 belia Malaysia yang disenaraikan dalam tujuh daripada 10 kategori Forbes 30 Under 30 Asia 2020.

Edisi muka depan Forbes , Nor ‘Phoenix’ Diana, 20, yang tersenarai di dalam kategori Sukan dan Hiburan.

Anak jati Kuala Lumpur ini pernah mendapat perhatian dunia apabila menjadi wanita pertama memenangi kejohanan Malaysia Pro Wrestling (MYPW) tahun lalu selain penampilannya yang berhijab di dalam gelanggang.

Baca Lanjut

TERSENARAI DALAM FORBES, KEJAYAAN BUAT USAHAWAN MUDA TEMPATAN

BISNES – TERSENARAI DALAM FORBES, KEJAYAAN BUAT USAHAWAN MUDA TEMPATAN

KUALA LUMPUR: Tersenarai sebagai antara 30 individu bawah 30 tahun di Asia oleh Forbes bukan satu perkara yang mudah, ianya adalah satu pencapaian kepada sesiapa saja.

Inilah yang dilalui oleh Dr Wan Hasifi Amin Wan Zaidon, yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2020, bagi kategori teknologi pengguna.

Wan Hasifi berkata, ketika dia mula menubuhkan aplikasi dan portal mencari jodoh muslim, dia tidak pernah menyangka akan mendapat pengiktirafan sebegini.

Baca Lanjut

TIGA BERANAK HILANG TEMPAT TINGGAL

KISAH KEHIDUPAN – TIGA BERANAK HILANG TEMPAT TINGGAL

KUALA TERENGGANU: Tiga beranak warga emas termasuk seorang daripadanya Orang Kelainan Upaya (OKU) hilang tempat tinggal apabila kediaman didiami mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Ladang Paya, Kuala Terengganu, pagi ini.

Dugaan pada hari pertama Ramadan itu menyebabkan keluarga terbabit tinggal sehelai sepinggang apabila semua pakaian dan peralatan serta barangan elektrik musnah dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Abdullah Zawawi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran jam 12 tengahari sebelum tiga jentera bomba dan penyelamat membabitkan sebuah dari BBP Jalan Kota dan dua dari BBP Kuala Terengganu dikejarkan lokasi kejadian.

Baca Lanjut