KEJAYAAN PENGELUAR PRODUK SABUN CECAIR BERJENAMA DO’ZEE, SR ASIA ROSOURCES SDN BHD (SR ASIA) ADALAH LUAR BIASA KERANA PEMILIKNYA, DATUK MOHD SYUKRI IBHRIM TIDAK MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG TINGGI DAN DATANG DARI KELUARGA YANG KURANG BERADA.
Anak kelahiran Kedah ini berkata, apa yang dimiliki kini bukanlah diperoleh dalam tempoh singkat dan pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi.
Beliau bersyukur kerana persoalan mengenai sabun yang bermain di benaknya ketika mencuci pinggan beberapa tahun lalu membawanya terlibat dalam perniagaan.
“Terdetik dalam hati saya bagaimana sabun dihasilkan dan ia menjadi produk penting dalam kehidupan seharian. Sabun sentiasa digunakan dan wajib ada dalam setiap rumah dan dalam pelbagai industri.
“Bermula dari detik itu, saya berazam mahu berniaga sabun. Alhamdulillah, inspirasi daripada melihat sabun ketika mencuci pinggan telah membuka jalan untuk menghasilkan sabun walaupun tanpa sebarang kemahiran yang asas mengenai pembuatan sabun,” katanya.
Kini, dengan ketekunan dan usaha sabun Do’zee yang dijenamakan semula daripada Top5 menjadi pilihan utama isi rumah dan industri Malahan, SR Asia juga menjadi peneraju utama dalam segmen pencuci dan bahan pencuci di negara ini di mana Mohd Syukri bersama kakitangannya yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI