S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK 2020 KINI TELAH BEROPERASI SECARA RASMINYA

S.M.A.R.T IFTAR @ PERAK 2020 KINI TELAH BEROPERASI SECARA RASMINYA

Umum telah mengetahui bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak (Digital Perak Corporation Holding) telah membangunkan sebuah platform digital yang telah diberi nama S.M.A.R.T Iftar @ Perak.

Platform ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan pelanggan yang mahu menempah juadah berbuka puasa menjelang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Porfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, platform digital berkenaan akan mula beroperasi hari ini untuk pendaftaran peniaga, manakala untuk tatapan pembeli pula pada 1 Ramadan nanti.

Baca Lanjut

COVID-19: “TOLONG JAGA EMAK, ABAH” – PESANAN TERAKHIR JURURAWAT

Nadila Rahmat (kiri), 32, jururawat di wad ortopedik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HSPF) Muar, meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) , Kluang, bersama ibunya, Rodiah Mohd Don, 57, bergambar di hadapan rumah mereka di Muar. – Foto ihsan keluarga | Berita Harian

COVID-19: “TOLONG JAGA EMAK, ABAH” – PESANAN TERAKHIR JURURAWAT

MUAR: “Tolong jaga emak dan abah ya.” Itu pesanan terakhir seorang jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, yang meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19, tengah malam tadi.

Nadila Rahmat, 32, jururawat di wad ortopedik HPSF itu meninggal dunia kira-kira jam 12.36 tengah malam tadi selepas hampir 17 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Adiknya, Nabiha, 26, berkata pesanan terakhir kakak sulungnya itu disampaikan menerusi telefon sehari selepas dimasukkan ke ICU pada 7 April lalu.

Baca Lanjut

TIDAK DIBENARKAN UNTUK BALIK KE KAMPUNG BAGI MENYAMBUT PUASA

TERKINI – TIDAK DIBENARKAN UNTUK BALIK KE KAMPUNG BAGI MENYAMBUT PUASA

KUALA LUMPUR: “Tiada sesiapa dibenarkan dari bandar pulang ke kampung bagi menyambut puasa,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menjelaskan pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik.

“Saya hendak perbetulkan di sini, apa yang diumumkan semalam, saya menyatakan hanya mereka yang terperangkap di kampung boleh berdaftar secara dalam talian atau di balai polis mulai 25 April ini untuk kembali semula ke bandar bukannya membenarkan orang ramai pulang ke kampung,” katanya.

Baca Lanjut

SEORANG JURURAWAT HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH DI MUAR MENINGGAL DUNIA

Allahyarhamah Nadila Rahmat. Gambar: Facebook

KISAH KEHIDUPAN – SEORANG JURURAWAT HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH DI MUAR MENINGGAL DUNIA

Gugur terkorban dalam ‘medan perang’ adalah satu kematian yang sangat disanjungi dan terlalu layak diberi penghormatan.

Begitu juga bagi mereka yang bergelar petugas kesihatan yang menabur bakti dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada warga Malaysia.

Terbaharu, Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar melaporkan dalam satu kenyataan di Facebook pagi ini tentang kematian salah seorang warga petugas kesihatan di hospital tersebut.

Baca Lanjut