KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb Mac 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah program iaitu International Women’s Day Conference 2022 ayng telah berlangsung di Ipoh International Convention Center.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Operasi Menggantung Banner Bazar Ramadhan 2022

Acara tersebut dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia dan telah dianjurkan oleh BOND Holdings, Universiti Teknologi Petronas dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Acara ini turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri Perak, Maybank dan juga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang juga bernaung di bawah Kumpulan PUBI.

Mewakili Kumpulan PUBI adalah Pn. Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Kumpulan PUBI, Pn Norhuda Abd Razak selaku Penolong Bendahari, Pn Jamaliah selaku Ahli Jawatankuasa Induk PUBI dan Pn Yusniyati selaku Juruaudit Dalaman PUBI serta seorang Anggota KOPUBI Perak Bhd.

Tetamu VIP bagi acara ini adalah YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan Encik Ong Teng Boon selaku Pengerusi BOND Holdings.

En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI tidak dapat hadir pada acara ini kerana menghadiri Mesyuarat Angkasa Negeri yang telah berlangsung pada tarikh dan waktu yang sama.

Antara agenda acara ini adalah ucaptama dari Prof. Dr. Ku Zilati Ku Saari selaku Timbalan Pengerusi Universiti Teknologi Petronas, Dr Carrine Teoh Chooi Shi selaku Timbalan Pengerusi BOND Holdings dan Dr Richard Ng selaku Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.

Mewakili Kumpulan PUBI adalah Pn. Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Kumpulan PUBI, Pn Norhuda Abd Razak selaku Penolong Bendahari, Pn Jamaliah selaku Ahli Jawatankuasa Induk PUBI dan Pn Yusniyati selaku Juruaudit Dalaman PUBI serta seorang Anggota KOPUBI Perak Bhd.

Turut berlangsung pada acara tersebut adalah pelancaran Anugerah “TOP WOMAN SECURITY-ASEAN AWARD 2022” dan Forum bertajuk “Gender Equality Today For Sustainable Tommorow” yang mana ahli panel forum ini terdiri daripada ahli intelek yang berwibawa.

Pada penutup acara sebuah topik keusahawan telah disampaikan oleh tetamu jemputan khas iaitu En Pattrick Ng selaku Senior Director Consultant syarikat BNI Perak Region.

Ahlamdulillah, acara yang diadakan telah berjalan dengan jayanya dan kumpulan PUBI sebagai salah sebuah entiti yang sedang meningkat naik di Bandaraya Ipoh ini menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh pihak penganjur bagi memperkasakan agenda wanita di peringkat yang lebih tinggi.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah..

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia